alhamdulillah, sekian lama menunggu, minggu sudah, buku baru saya berada di kedai Penerbit UKM. terutama Puan Saadah Jaafar, terima kasih atas usaha gigih menerbitkan buku tebal ini. ingatan yang istimewa buat Prof Madya Dr Hadijah Rahmat, mahaguru saya yang banyak budinya ke atas penulisan Novel Intertekstual Melayu. TERIMA KASIH!

Comments

wardah munirah said…
Assalammualaikum, Dr.
Tahniah kepada Dr. atas kelahiran buku tersebut. Terima kasih kepada Dr. kerana menyebarkan ilmu melaluinya.

Terima kasih, Dr. Mawar.
Tahniah.
Saya akan cuba mendapatkannya.
kanda Dr. Mawar
TAHNIAH! Tumpang rasa bahagia.
ok, esok saya akan dapatkan dari kedai buku UKM dan langsung singgah ke pejabatmu untuk sesi autograf, ya. :-)
Rositah Ibrahim said…
Tahniah atas kehadirannya, jua usaha yang mengiringinya.
Mawar said…
Wardah,
insya Allah semoga ada manfaatnya. terima kasih.
Mawar said…
Sdr Zainal,
terima kasih!
Mawar said…
Dinda yang dikasihi, Kay,
alhamdulillah, terima kasih. bila "geng masjid" mahu berkumpul semula? :-)
Mawar said…
Nis,
terima kasih atas sokongan.
Mawar said…
Itah,
segala-galanyanya dari DIA. alhamdulillah. terima kasih.
Rahimidin Z said…
Tahniah.
Nanti saya beli kat kedai buku.
Mawar said…
Abang Long RZ,
terima kasih atas sokongan.
purplemelastoma said…
Dr. Mawar

Tahniah!

Biarkan tinta mengatur bicara.
siti zainon said…
Anakanda Mawar, semoga ilmu menambah berkah untuk bangsa kita. Amin.
Mawar said…
Prof Ungu,
terima kasih!
Mawar said…
Bonda Siti yang banyak mengilhamkan,
insya Allah saya akan turuti jejak langkah bonda, menulis terus demi anak bangsa! terima kasih. salam peluk cium...
Salina Ibrahim said…
Saya beli dari Mawar, boleh? Awal bulan depan saya ambil... siap dengan tandatangan sekali ya.
Mawar said…
Cik Sal yang manis,
saya sebenarnya segan mahu menjual. kalau boleh rasanya mahu sahaja hadiahkan kepada semua kawan........ (panjangnya rintihan) apatah lagi sahabat yang bakal menyambut ulang tahun esok! :-) selamat hari lahir, selamat panjang umur ya Sal! insya Allah jumpa awal bulan mendatang.
Anonymous said…
Tahniah Dr!

Salah satu intergriti keilmuan adalah menghasilkan buah fikir yang terencana dalam material seperti buku, makalah dll.

Teruskan usaha cemerlang Dr.
saadah said…
Dr. Mawar
Terima kasih....boleh saya tambah sedikit...saya harap kehadiran buku ini dapat memenuhi citarasa peminat sastera Nusantara sekalian...nama besar yang dikaji termasuklah SN Dato' Dr. Anuwar Ridhwan (Malaysia), Surtahman Markasan (Singapura) dan Putu Wijaya (Indonesia)...kepada peminat Dr. Mawar...silakan membaca...nama-nama mereka ini saya sengaja abadikan dikulit buku....biar kelihatan meriah.
Mawar said…
Anonymous
terima kasih. insya Allah akan menulis terus!
Mawar said…
Kak Saadah,
ya, moga ada manfaatnya.
baru lepas kuliah. kebetulan kuliah sastera asia tenggara. menyebut nama Suratman Markasan, saya memaklumkan buku NIM. di hujung kuliah saya ingatkan mahasiswa, siapa yang xerox NIM, saya terus beri D :-(
saadah said…
Dr. Mawar,
Saya sokong langkah berani Dr. Mawar ni...hindarkan cetak rompak.
Aiii! Tersilap tulis nama pengarang pulak...Suratman menjadi Surtahman agaknya saya terkeliru atau kata Kris Dayanti "...Aku Keliru...dik terlalu banyak manuskrip nak dibaca" dengan nama seorang lagi nama yang popular di Fakulti Ekonomi.. Tuan Haji Surtahman...@ nama orang kampung saya Pak Surtahman....maaf...
Mawar said…
Kak Saadah,
hahah, dalam peperiksaan, kalau mahasiswa saya salah eja nama pengarang pun kena potong markah!