Saya gilakan cokelat dan hadiah hari lahir kali ini merupakan pemberian yang sungguh comel. cokelat pelbagai bentuk, warna dan perisa ini dalam kotak merah yang dikirim dengan penuh kasih sayang dan ingatan yang sangat manis. terima kasih Kak Ina!
ps: sesiapa yang mahu memesan boleh hubungi Kak Ina (jiran kami yang budiman), Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang dengan harga yang sangat ok!

Comments

Sacha Uyaisha said…
Dr,
chocolate!!!! saya sangat gilakan choc juga!. seronoknya tengok gambar choc tu... kalau sudah dinamakan hadiah hari jadi, harga dan kualiti yg tak baik pun tk mengapa. yg penting ingatan dr yg lain. =)

SELAMAT ULANG TAHUN DR MAWAR! <3
Mawar said…
Uyaisha
kita satu kelab nampaknya! terima kasih atas ucapanmu.
wardah munirah said…
Selamat hari lahir ya Dr. Mawar. Semoga dipanjangkan usia dalam ketaatan. Beroleh kesihatan dan ketenangan serta sentiasa dalam perlindungan Allah.
rayyanzilfi said…
Selamat Ulangtahun Dr Mawar
walaupun terlambat,terlupa..gara-gara memandu Sabtu Ahad..KL-Kuantan-KL
hehe..,sampai rumah terus pengsan!
Mawar said…
Wardah yang baik,
terima kasih atas doanya. sangat saya hargai.
Mawar said…
Rayyan,
terima kasih ingat walau sampai pengsan! :-)
Maaf lewat ucap selamat ulang tahun tetapi ingatan tetap ada. Cuma pada hari Sabtu lalu tidak online dan nombor di telefon bimbit entah bagaimana terhilang pula ketika bertukar telefon baru.

Cokelat dipapar kelihatan lazat sekali! Semoga hari yang mendatang akan seenak cokelat yang dinikmati itu.

Semoga ketemu lagi.

P/S: Masih simpan no saya? Boleh sms semula? Terima kasih!
Anonymous said…
Bila ada masa dan ketika, bila Allah masih memberi izin dan kesempatan...bila khatulistiwa masih merinduiku....akan kubawakan cokelat dari Negeri Atas Angin untuk Dr. Mawar...
Mawar said…
Shima,
saya sudah menghubungimu!
Mawar said…
Anonymous,
oh terima kasih! saya akan sangat menghargainya!