Saya pernah melalui jalan yang sama ini beberapa tahun sudah. mendengar kisah seorang pelajar yang terlepas penerbangan MH370  kerana keliru dengan masa berlepas iaitu pada 0030, dan itu pengalaman saya juga. perasaannya terhimpit antara bersyukur dengan simpati. saya turut dapat merasakannya. saya dapat membayangkan perasaannya apabila mengambil pesawat ganti keesokan pagi. saya namakan ini sebagai suratan, apabila waktunya tiba... innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Comments

Salam, Dr. Mawar saya tidak pernah terlepas waktu penerbangan cuma pernah bermimpi ngeri mengenai kecelakaan pesawat sebaik sahaja saya dan keluarga pulang dari Medan. Mimpi tersebut menjadi igauan buat saya hingga kini, jujurnya selepas mimpi tersebut saya takut untuk menaiki kapal terbang.
Mawar Safei said…
Nurfa @ Pengantin Baru,

antara 3 sifat orang mu'min disebut dalam surah al anfal ialah tawakkalnya kepada Rabb...