Sewaktu berada di Nanyang, setiap hari saya berada dalam perut panjang kereta api untuk ke kampus. Saya banyak membaca kehidupan menerusi setiap tingkap yang ada. Ia ternyata menawarkan pelbagai lukisan, gerakan bersama dengung lagu yang masih dalam bayangan hingga kini. Saya rakamkan dalam halaman cerita antaranya "Cerita dari Tiga Jendela Kereta Api" (Berita Minggu, Mac 16, 2008).

Comments

zulkhair said…
Salam penulisan. Tahniah kerana masih terus menulis, fiksyen dan bukan fiksyen (bukan mudah cari Dr sastera begini!). Sdr wajar untuk diteladani terutama dalam kalangan wanita yang minat dalam bidang penulisan. Saya baru saja mula serius dalam bidang ini. Dapatkan buku2 saya di pasaran. Moga bertemu kembali.
Mawar said…
Salam Sdr Zul, terima kasih kerana sudi singgah. alhamdulillah, atas kasih sayang-Nya saya masih dapat menulis. saya bersyukur kerana menulis adalah pengalaman yang selalu indah dan manis dalam hidup saya. tahniah, sdr juga prolifik ya!
Mawar! You never told me you had a blog! Congratulations and keep updating.
Mawar said…
Salam Nis, i love surprises in life!