Saudara dipersilakan hadir saat warga fakulti kami meluahkan sedih, kecewa, marah, derita dengan apa yang berlaku di Gaza dalam acara Baca Puisi Keamanan Gaza (FSSK - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM) 2009 pada 13hb Februari ini di Dataran Dewan Kuliah 3B301 bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. selain baca puisi, sdr boleh menyumbang dengan membeli barangan/makanan dari tapak bazar. datang dan berikan reaksi dengan pakaian MERAH, okie!

Comments

ruzzlan2312 said…
Insyallah, kalau ada kelapangan bagi pihak saya.
Mawar said…
Sdr Ruzzlan,
terima kasih atas semangat sdr!
bekas pelajar 2006 said…
rindunya suasana kampus...
sayang skali tempat saya bertugas jauh dari sana.rindu suasana diskusi dalam kelas penulisan kreatif bersama Dr mawar.:-)
nEd~Ya said…
InsyaAllah. sy datang selepas kelas..:)
trima kasih krn dr.juga masih ingat sy. sy masih di kampus bangi untuk semester terakhir,insyaAllah. sy masih berfikir samada ingin menyambung di peringkat sarjana atau terus ke maktab. doakan sy ye dr. agar dapat buat keputusan yg baik.
hasni Jamali said…
ya, mahu turut serta juga...dengan merah dan semangat marak bersama. mari kita hayati dan insaf dengan kesenangan dan ketenangan yang dikurnia-NYA di Malaysia ini.

mari marak dan mekarkan merah!
CiK sAppHiRe said…
salam.
sgt menarik.
siapa yg akan berpuisi??
student UKM sendiri ke??
Mawar said…
Bekas Pelajar,
hey, tempat jatuh lagi dikenang...
purplemelastoma said…
Dr. Mawar,

Sad and angry... Why are these things happening?

Give me reasons, but don't give me choice...

Purplemelastoma.
Silir Senja said…
Salam..

InsyaAllah...
Semoga berjalan lancar..
Dari paksina bersama semangat saya & sahabat yg lain kirimkan.. I

Semoga berjaya. Aminn..
iLHam UyaiSHa said…
Dr Mawar yg manis,
tahniah di atas acara yang berjaya semalam!! sangat seronok melihat aura yang membara dengan merah di mana-mana.
semoga kiriman doa kita semua semalam dimakbuli-Nya.
sesuatu... said…
walaupun x mampu membantu namun doa sentiasa mengiringi penduduk Gaza...warkah buat mujahid palesin sy ciptakan memang untuk mujahid kecil di palestin...buat dr cantik sekali botol2 itu..dan sy membeli 5 buat sahabat2 sy yg sentiasa disisi...
Mawar said…
Uyaisha dan Sesuatu,
terima kasih.
alhamdulillah semua bergerak seperti yang dirancang. sambutan dari yang membaca puisi sehingga yang datang membeli sambil menderma/bersedekah begitu meriah. saya terharu, apatah lagi botol2 lukisan saya dijual habis...wah, Sesuatu borong 5 biji? mmm...
Mawar said…
Purple,
salam. sad, angry and all the emotions, created for our sake w all the hikmah. just imagine if we live without them...
N.faizal's said…
salam.. terima kasih dr mawar kerana hari baca puisi itu mempertemukan kita... doakan semaga saya terus teruja untuk berkarya..
Mawar said…
Sdr Noor Faizal,
ya, semoga kemeriahan kampus menguja banyak ilham untuk sdr berkarya. selamat menulis!