38 jilid sirah
helainya harum
dari tinta yang
dibancuh kental oleh fikir dan indah.

38 jilid sirah
terselit antaranya
seharum huruf
semerbak kata
sekembang ayat
setaman cerita
sekuntum mawar.

38 jilid sirah
adalah
kuntum-kuntum
mawar.

mahasiwa buat kejutan dengan kek hari lahir yang enak ini, kad ulang tahun dan 13 kuntum mawar, di kelas tutorial! slide foto2 saya dan lagu oh mawarku mengiringi kejutan indah yang tak mungkin saya lupakan. ulang tahun kali ini juga diterima kiriman sms puisi ini dari adinda Nazmi Yaakub. terima kasih kepada semua atas ingatan dan kasih sayang! ketulusannya begitu saya rasakan.

Comments

ismad said…
Dr. Mamar,

View "mawar ungu" di blog alurilmu

Burung jelatik burung merpati
Bermain bersiar bersama kenari
Betapa cantik kuntum melati
Kuntum mawar lagi berseri
Selamat hari lahir Dr Mawar!
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu!
Wah bertuahnya Mawar..
Kejutan yg diberi tu memang manis bukan?
Mawar said…
Prof Ismad,
saya sudah lama tidak dapat membaca dari alur ilmu. tidak tahu apa masalahnya. ingin sekali melihat mawar ungu itu.

Kuntum melati mekar berseri
menjadi hiasan si anak dara
apa pun nama bunga diberi
ia sentiasa memujuk lara.
Mawar said…
Lily,
terima kasih lagi! amin.
ya, kejutan manis dan kenangan manis yang sukar untuk saya lupakan!
nEd~Ya said…
salam.
Dr. Mawar..selamat hari lahir.
semoga kebahagiaan & kegembiraan sentiasa mengiringi kehidupan Dr. sekeluarga.
cukup menarik kejutan buat Dr. sy sendiri sgt terharu..
Mawar said…
Nadia yang manis,
terima kasih atas doamu. amin.
ya, senang sekali dengan kejutan-kejutan yang membahagiakan begitu...
Mawar,
Selamat menyambut Hari Ulang Tahun. Semoga terus mengisi halaman sastera ini dengan bunga-bunga karya yang indah.
Daripada Pak Lang.
Ilham Ainol said…
Zhu Ni Shengri Kuaile.
Xifu wu zhijing
Haoxiang songbai changqing.
(Maksudnya:Selamat hari lahir,bahagia berpanjangan,sihat segar-bugar)...
Mawar said…
Pak Lang yang dihormati,
terima kasih. insya Allah saya akan terus menulis!
Mawar said…
Ilham,
xie xie nie!
ku_seman said…
Mawar, selamat hari lahir semoga hidup anda terus memberi khidmat kepada alam dan manusia.
Mawar said…
Salam Sdr Ku Seman

terima kasih. amin. ya, itu juga menjadi hasrat saya - hidup bermanfaat untuk semua. insya Allah.
syed_saiful said…
salam Dr.
Agak terlamabat sy ucapkan selamat hari lahir, semoga Dr. mendapat keberkatan hidup di dunia dan ahkirat.
Agak malang diri saya 2 minggu kebelakangan ini ditimpa musibah. Buat saya terfikir, ujian ini amat berat terpaksa saya tanggung..
Mawar said…
Salam Syed
terima kasih! amin.
adalah keindahan bila kita mengingat Dia di saat sukar. dan adalah keindahan yang luar biasa jika dalam kesenangan Dia sentiasa ada dalam jiwa dan fikiran. sabar ya!
CikLieYzaOnline said…
salam..

Dr Mawar,
selamat hari lahir..

rasanya,
sayalah peserta terakhir yg ucapkan..

apapun,
moga Dr sentiasa bahagia...

cayang Dr..
muah!!