Februari merupakan bulan raikan cinta dalam keluarga mahupun sahabat. ramai yang menyambut hari lahir. pesta februari! ibu saudara saya yang turut bergembira dengan kek ulang tahun sangat menyenangi lagu lama ini. nostalgia katanya. dan saya sering ingatkan ibu saudara yang disayangi itu setiap kali mendengar lagu ini...narasi cinta.
selamat panjang umur untuk semua!



Andy Williams - Love Story
More at MP3-Codes.com

Comments

hasni Jamali said…
dan selamat meraikan hari lahir dr.mawar juga. semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah bersama rahmat-NYA. amin.

raikan cinta. 'Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan dr.mawar.' (lagu hari lahir).
silfia said…
sebelum, mentari ujud 27 hb, izinkan saya mengucapkan kata baru untukmu sahabat, selamat ulang tahun, Februri memang bulan untukmu
saadah said…
Dr. Mawar
Yah! Saya akui lagunya sememangnya enak jadi santapan telinga. Guru piano saya telah mengajar lagu ini, tapi sampai sekarang saya tidak pandai-pandai. Agak susah notanya. Bila guru saya bermain...aduh jadi sentap ke telinga...saya begitu terpegun dan ingin menjadi sepertinya. Saya juga ingin hadiahkan lagu Selamat Hari Lahir buat Dr. Mawar pada tanggal 27 Feb. ini. Saya tidak dapat memetiknya dipiano laagu tersebut kerana tarikh tersebut saya bercuti dan tiada di rumah. Semoga cekal, tabah dan lebih berjaya.
Mawar said…
Hasni dan Sil,
terima kasih atas ucapan dan doa. saya jadi terharu sebab umur sudah bertambah lagi dan harus jadi lebih baik! terima kasih.
Mawar said…
Kak Saadah
oh, alangkah indah kalau tahun ini saya mendapat panggilan telefon lagi pada hari ulang tahun dan dimainkan piano seperti tahun lalu! dan apatah lagi jika lagu itu ialah "love story". lagu dan filem itu lebih kurang seusia saya. oh!
salam kanda yang dimuliakan,
selamat panjang umur;
doa wangi dinda - kanda selalu dalam lindungan-Nya, menikmati seri segala bahagia warni pelangi.
Mawar said…
Dinda Ren yang baik,
terima kasih atas ingatan dan doa yang indah buat kanda setiap tahun.
Noridah Kamari said…
Selamat Hari Lahir, Dr Mawar, semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur! Terkenang pula kek mawar semasa sambutan tahun lalu di pusat.
iLHam UyaiSHa said…
Dr Mawar,
entah kenapa apabila pertama kali terdengar lagu ini dari blog Dr, sy terus jatuh hati lantas mencarinya untuk menjadi milik peribadi. lirik yang sangat indah dan melodi memukau menangkap hati saya.

selamat ulang tahun buat Dr Mawar yang mengharum. doa saya titipkan agar Dr sentiasa berbahgia dan sejahtera di samping yang tersayang. semoga Tuhan melimpahi rezeki yang meluas, seluas ilmu yang telah dibahagi Dr bersama saya dan taulan.
Salam Ulang Tahun buat Dr Mawar. Semoga tercapai segala hajat dan bahagia di dunia dan akhirat.

Februari juga bulan istimewa buat saya walau pada tahun ini sesuatu yang menyedihkan juga berlaku. Namun di hari kelahiran saya ada juga khabar gembira.
lagu love story tu memang selalu teman kita tengah-tengah malam. versi andy william buat hati ni rasa macam nak bercinta semula...
Nora Isa said…
Dr. Mawar, Selamat ulang tahun. Moga berbahagia selalu..
hasni Jamali said…
salam ulangtahun...
dr.mawar, ada masa nanti saya jemput ke blog saya, komen kan puisi saya, "selamat hari lahir, mak"....

mahu dengar komen daripada dr.mawar. terima kasih.

selamat bercinta! :-)
Mawar said…
Noridah
jomlah sambut hari lahir tahun ini di sini!
Mawar said…
Noridah, Shima, Nora,
terima kasih!
Mawar said…
Lily,
hey, bercinta setiap hari dengan cik abang di rumah tu!
Mawar said…
Uyaisha
terima kasih. haaa, baru tahu pekena lagu orang tua!