Foto lama

Saya percaya Sdr akan bersetuju dengan saya. Kekuatan naluri dan kurniaan nurani itu seiring, apalagi apabila ia berkaitan dengan mauduk al-Qur'an yang menjadi kecintaan. Kelmarin saya diziarahi sahabat disertai kedua ibu bapanya yang saya turut kenal sejak lama. Ibunya yang memang mengajar al-Qur'an dan sekarang membangunkan Rumah Ngaji di Pagoh. Subhanallah. Saya juga mengenali seorang sahabat yang merupakan anak kepada guru ngaji (sejak kecil mengaji yang saya maksudkan adalah belajar al-Qur'an) yang masih sempat bertadabbur di mana juga dia berada dengan kedudukannya sebagai orang besar. Subhanallah. Ingat kisah saya bertemu watak pikun Syawal ini, pada usia hampir 100 tahun, dia masih memangku al-Qur'an. Sedang saya yang lalai dengan makna surah yang saya baca. Berkali-kali dalam al-Qamar yang baru usai, ditanya tidakkah diambil pengajaran daripada apa yang menjadi sejarah. Maka, sayalah itu. Saya yang lupa, keliru dan cuai dan segala kata khilaf. Saya ditemukan dengan beberapa watak itu dan adakah ia menjejaki kalbu. Allah, ampuni saya. 

Comments

Anonymous said…
Membaca cerita kerja-kerja mulia seperti yang sdr gambarkan, membujuk saya untuk menyertai. Meskipun tidak bersua dengan watak-watak yang dicatatkan, terasa dekatnya malah dapat membayangkan ketenangan wajah dalam ketabahan mereka mengajak ramai untuk mendukung kerja mulia yang mereka terajui. Beruntung benar sdr dilingkungi kelompok insan mulia yang tentunya dikasihi Allah. Saya ingin menyertai walau entah bagaimana harus memulakan.
Anonymous said…
Menelusuri cerita sdr tentang kemuliaan kerja-kerja yang digarap lingkungan, amat membujuk tentang erti kehidupan yang hakiki. Apakah lagi yang harus kita berpegang kalau tidak segala pesan dan bimbingan daripada Kitab Suci. Saya baru ingin mendekati dan berasa diperteguh dengan dorongan kelompok mulia meskipun meneliti hanya dari jauh.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Saya percaya dua Anonymous ini adalah penulis yang sama. Terima kasih atas tanggapannya. Mudah mudahan kita dituntun arah untuk berbuat kebaikan yang serupa. Bukankah doa kita untuk selalu duduk dengan orang soleh?