Sdr sedar, kita sudah memasuki hampir separuh Julai 2017 dan sudah melepasi setengah Syawal 1438. Allah ya Allah. Bacaan al-Qur'an saya juga kian melepasi Juz Amma lagi. Bermakna saya hampir dapat menamatkan bacaan sebulan sekali; yang kali terakhir semasa Ramadhan. Subhanallah. Ia tidak pernah dapat saya lakukan sebelum ini. Saya bersyukur sekali kerana masih diberi ruang menumpang kemuliaan Ramadhan untuk terus dengan al-Qur'an.  Begitu juga bersama-sama sahabat al-Qur'an yang sering penuh mengingat dan berpesan akan isyarat yang Allah sampaikan. Cuma soalan untuk hati saya yang masih kotor ini, sedalam mana saya mahu turut?   

Comments

Anonymous said…
Saya ingin menyusul sdr yang sentiasa melakukan refleksi, tentang amal dan taat, alQuran dan hikmah, penyucian dan istiqamah. Saya percaya pendidikan sdr lewat catatan-catatan, ramai yang menyertai tanpa sdr sedari.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Saya sebenarnya yang masih terpinga; saya dengar, namun adakah saya menjadi lebih taat?