Posts

Showing posts from June, 2015
Image
Ramadhan 13 Dan ingatlah juga tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)
Image
Ramadhan 12 Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini." Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung. (Yusuf: 23)
Image
Ramadhan 11 Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  Ingatlah sesungguhnya kepunyaan Allah yang ada di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah, tidaklah mengikuti sesuatu keyakinan. Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka dan mereka hanyalah menduga-duga.   (Yunus: 65)
Image
Ramadhan 10 Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan  ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (at Taubah: 41)
Image
Ramadhan 9 Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat  keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan pelepas tanggungjawab kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa." (al A'raaf: 164)
Image
Ramadhan 8 Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan membei rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersenbunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah melainkan dengan suatu sebab yang benar." Demikian itu diperintah Tuhan kepadamu supaya kamu memahaminya. (al An'aam: 151)
Image
Ramadhan 7 Katakanlah, "tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (al Maa-idah: 100)
Image
Ramadhan 6 Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada agama Allah dan tulus mengerjakan agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada mereka pahala yang besar. Mengapa Allah akan menyiksa kamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui. (an Nisaa': 145-147)
Image
Ramadhan 5 ... janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil,  kecuali dengan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu ... (an Nisaa': 29)
Image
Ramadhan 4 Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai ... (ali 'Imran: 92)
Image
Ramadhan 3 ... Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah ... (al Baqarah: 286)
Image
Ramadhan 2 ... bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda ... (al Baqarah:185)
Image
Ramadhan 1 ... Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang daripada mereka yang jahil  (al Baqarah: 67)
Image
Ramadhan Kareem buat saudara sekeluarga Malam nanti kebanyakan kita akan ke surau untuk tarawikh. Moga-moga kita berikhlas hati. Moga hati kita bersih. Setiap langkah, segala gerak dan hasrat hanya untuk Allah. Rasanya kita tidak mahu terlalu berkira-kira apa yang akan kita himpunkan sejumlah angka sebagai jawapan. Ya Allah, hanya mohon kita, Allah terima. Mudah-mudahan segala itu tidak sia-sia. Susahnya untuk saya mengingat itu berkali-kali.  . 
Image
Permulaan minggu yang sangat mendebarkan sedang persiapan bertemunya masih belum rapi walau sekian masa sudah banyak difikir mahupun diatur. Allah. Mudah-mudahan saya berikhlas hati. Mudah-mudahan saya diberikan kelapangan dan kemudahan. Mudah-mudahan harapan saya diterima, doa saya dijawab. Tiada apa yang lebih tenteram selain daripada redha, pengampunan dan keselamatan.  Saya mahu lebih dekat dan terus meminta ....
Image
Saya seperti melangkah masuk ke pintu sebuah taman. Ada beberapa pancuran kecil dan selebihnya adalah pukauan tanaman renik yang berbunga cantik. Benarkah itu, sesekali kupu-kupu yang hinggap di ranting kecil dengan semangat besar mengalu-alukan. Lalu, satu padang hijau yang menyambut. Kekerdilan saya merayap di mana-mana penjuru taman yang sekian lama saya intai tapi belum pernah berani untuk datang sendiri. Saat menyertainya, saya menemukan juga beberapa peringatan agar selalu menjadikan para Rasul sebagai ikutan, punya sifat kawal-diri (daripada nafsu), selalu memegang azam untuk jadi baik dan yang paling penting punya ilmu.    Allah ya Allah, dia yang kian mendekat. Sedang hati bertambah risau. Apakah persediaan untuknya yang begitu istimewa. Pesan terbaik dikirim dari bulan penuh di penjuru jendela adalah sujud dan taubah seikhlasnya. Bersihkan hati. Mudah mudahan kali ini yang terbaik daripada sekian tahun....
Image
Saya mahu dekat dengannya.
Image
Menghampar tikar mengkuang. Menjinjit bakul rotan berisi bekalan makanan setengah hari. Menghadap ombak kecil yang datang dan pergi. Bermain pasir halus membangunkan rumah atau istana. Datang kemudiannya angin laut yang membawa kelat garam dan sekian haba yang kering. Ya, Zahar mahukan perkelahan klasik ini. Kali ini kami tidak bermalam di mana-mana hotel. Kami keluar rumah awal pagi dan pulang menjelang petang. Rupanya saya tidak betah dengan angin pantai, dalam jangkamasa setengah hari. Dengan panas matahari di langit laut, kepala saya mula pusing apatah lagi setelah AM hampir dua jam tidak kembali ke teduhan kami untuk makan atau minum. Asyiknya dia bermain dan berendam air laut seorang diri. Aduhai! Dan petang itu kami pulang dengan hati sebal dan masing-masing berjanji tidak akan menjalani perkelahan klasik ini lagi (bunyi entri kali ini seperti karangan saya di sekolah rendah dahulu, dengan judul yang dibekalkan guru Bahasa Melayu, "Cerita Cuti Sekolah.")
Image
Bahagianya saya apabila pengacara majlis makan malam yang saya hadiri mengumumkan lagu seterusnya adalah Gurindam Jiwa. Aduhai, a nak Cina pasang lukah, lukah dipasang di Tanjung Jati....  Sayangnya penyanyi jemputan sendiri mengakui keanehan gubahan lagu versi yang dipilihnya. Agak lari daripada yang asli. Saya fikir yang ahli dalam bidang kajian budaya juga meninjau mengapa perubahan ritma berlaku yang mungkin sahaja disebabkan pergerakan dalam masyarakat, seperti kajian  Dr Suryadi , kolega saya dari Universiteit Leiden. Beliau melihatnya dalam lingkungan budaya Minangkabau. Atau ahli bahasa dan kesusasteraan  dapat pula menafsir pantun yang dilagukan  itu dengan falsafah pemikiran Melayu,  Disertasi Dr Suryadi Gurindam Jiwa, kegemaran almarhum Nenda ( dengarnya pernah ada hubungan dengan Nordin Ahmad...imaginasi sayakah? ). Kegemaran bonda juga. Dan saya juga karam dengan gemalainya emosi yang kuat di dalamnya. Filem dengan judul yang sama araha...