Bahagianya saya apabila pengacara majlis makan malam yang saya hadiri mengumumkan lagu seterusnya adalah Gurindam Jiwa. Aduhai, anak Cina pasang lukah, lukah dipasang di Tanjung Jati.... Sayangnya penyanyi jemputan sendiri mengakui keanehan gubahan lagu versi yang dipilihnya. Agak lari daripada yang asli. Saya fikir yang ahli dalam bidang kajian budaya juga meninjau mengapa perubahan ritma berlaku yang mungkin sahaja disebabkan pergerakan dalam masyarakat, seperti kajian Dr Suryadi, kolega saya dari Universiteit Leiden. Beliau melihatnya dalam lingkungan budaya Minangkabau. Atau ahli bahasa dan kesusasteraan  dapat pula menafsir pantun yang dilagukan  itu dengan falsafah pemikiran Melayu, 


Disertasi Dr Suryadi
Gurindam Jiwa, kegemaran almarhum Nenda (dengarnya pernah ada hubungan dengan Nordin Ahmad...imaginasi sayakah?). Kegemaran bonda juga. Dan saya juga karam dengan gemalainya emosi yang kuat di dalamnya. Filem dengan judul yang sama arahan M. Amin, harus saja dihasilkan dengan seni estetikanya apabila yang menggubah skripnya adalah Sasterawan Hamzah Hussein. Mengenali Sasterawan zaman ASAS 50 itu pasti sahaja terpencar keakrabannya dengan soal kepengarangan, penukangan karya, apabila watak pujangga istana diperaga dan dipertentangkan dengan mauduk kedudukan dan darjat. Banyak lapis makna yang dapat dibaca....   

Comments

Dr. Suryadi said…
Ybhg Prof. Mawar,
Terima kasih telah memperkenalkan disertasi saya kepada para pembaca dan pecinta blog blog Prof.Mawar. Semoga maklumat ini bermanfaat bagi pembaca.

Salam dari Leiden,
Suryadi
Mawar Safei said…
Terhormat Dr Suryadi,
Mudah-mudahan disertasi ini menumbuhkan perhatian terhadap kajian rentas budaya-sastera Melayu-Indonesia. Sukses terus.


Salam dari Bangi,
mawar

Suryadi said…
Prof. Mawar,

Terima kasih atas support moralnya. Saya berharap Prof. Mawar juga terus akan melahirkan karya-karya yang makin menyemarakkan dunia sastera dan dunia akademik di Malaysia dan antara bangsa.
Mawar Safei said…
Dr Suryadi
Terima kasih kembali. Insya-Allah mudah mudahan diberikan kelapangan dan kekuatan.