Ramadhan Kareem buat saudara sekeluarga

Malam nanti kebanyakan kita akan ke surau untuk tarawikh. Moga-moga kita berikhlas hati. Moga hati kita bersih. Setiap langkah, segala gerak dan hasrat hanya untuk Allah. Rasanya kita tidak mahu terlalu berkira-kira apa yang akan kita himpunkan sejumlah angka sebagai jawapan. Ya Allah, hanya mohon kita, Allah terima. Mudah-mudahan segala itu tidak sia-sia. Susahnya untuk saya mengingat itu berkali-kali. 

Comments

Saza S said…
Selamat menunaikan ibadah puasa, Puan Mawar
Mawar Safei said…
Sdr Saza
Ucapan yang sama buat Sdr seisi keluarga.
Barakallahu fikum.