Posts

Showing posts from 2014
Image
Minggu ini di mana-mana kita bercakap tentang banjir dan ia membawa kepada banyak percakapan lain - soal kepimpinan, soal pengurusan, soal amanah, soal kewangan, soal kepercayaan ... Selalu pula saya menyangka, baiknya dengan musibah banyak orang sempat berfikir lebih dalam, lebih pertimbangan. Ya, baiknya dengan kepayahan mengharung air separas pinggang atau mengenang isi rumah yang tenggelam atau terputusnya jalan perhubungan, fakulti otak berselerak dengan fikiran mengapa ia menimpa kita. Baiknya, akhir sekali ia membawa kita kepada keperluan untuk lebih dekat dengan yang Menggerakkan air deras, hujan yang lebat pejur, awan hitam yang menutup langit. Baiknya, apabila kita menerima musibah sebagai rahmah. Waktu saya menulis ini, ada silau matahari pagi di laman rumah. Saya tahu matahari sangat dirindui kala ini sebagaimana bau hujan begitu ditunggu-tunggu suatu ketika dahulu apabila musim panas yang panjang.  Tiba-tiba saya jadi begitu malu untuk mendongak  melihat lang...
Image
Mudah-mudahan dapat sertai .... insya-Allah.
Image
Saya sering merungut pada Zahar bila ada peluang mengambil udara tasik di sini sambil berjalan waktu pagi. Banyak yang terbiar dan tidak dipelihara sebaiknya. Dari tandas, ruang pejabat (jendela dan seni hiasnya sangat memikat), pojok minum dan kebersihan tasik sendiri. Bagus sekali program pengindahan ini. Saya hampir mahu menulis surat kepada pihak bertanggungjawab. Nampaknya, tidak perlu lagi ....
Image
Beberapa waktu ini saya sering bertanya, dan tidak pasti adakah ia datang dari hati atau kepercayaan yang dikhianati. Saya berasa sangat lelah kemudiannya apabila mendapati tiada sahutan terhadap semua kerumitan yang datang. Atau mungkinkah saya memperoleh jawapan dalam setiap pertanyaan itu, malah.
Image
Saya pernah menulis sebuah cerpen remaja, "Ankylo", dalam Dewan Siswa, lama dulu.  Kemudiannya saya baru tahu, Zahar, tidak percaya tentang kewujudan makhluk purba ini.  Katanya, semua itu rekaan. Sedang Alif Matiin sangat suka dengan kisah reptilia itu dalam buku Alam Semulajadi yang dibelikan bapak. Elok juga saya hadir acara esok.
Image
Jalan Pulang Saya menyanyikan lagu Selimut Putih ketika Alif Matiin membuat persediaan untuk subjek tauhid, memahami nama-nama malaikat dan tugas masing-masing. Hingga selesai ujian tauhid sekolah agama, Alif Matiin masih suka mendengar lagu tersebut. Saya juga jadi insaf apabila tiba di baris, janganlah mahu disanjung-sanjung, engkau digelar manusia agung. Sedarlah diri tahu diuntung, sebelum masa keranda diusung. Ya, Allah sesungguhnya Engkau suka mengampuni hamba-Mu, maka ampunilah kami. Ampunilah kesombongan dalam hati kami, walau kami tahu tidak masuk jiwa yang angkuh dalam syurga-Mu...
Image
Cerpen terbaru saya. Lagi tentang coklat, kembangan daripada "Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah" (Mingguan Malaysia , 27 Februari 2011). Dalam keluaran Dewan Sastera  10, 2014.  Terima kasih kepada Editor, Sdr Fadli, yang memilih cerpen ini.
Image
Saya fikir, saya antara yang kerap menyimak emel. sama ada di pc atau telefon tangan. entah, saya suka melihat apa pesanan yang masuk. tabiat itu mungkin sdr jumpa dalam kebanyakan peribadi orang yang sdr kenali. tapi sejauhmana pula kita memberi maklumbalas terhadap emel yang diterima itu? adakah membiarkannya sekian hari, minggu? Saya teringat di NTU, saya pernah diberitahu ketua akan memanggil mana-mana tatausaha yang tidak memberi sahutan terhadap mana-mana emel yang masuk. Ya, harus selalu menghormati, itu asasnya. Walaupun jawapan belum dapat diberi, sekurang-kurangnya ada tanda terima. Ini luahan perasaankah? Lebih kuranglah!
Image
Salam takziah buat sahabat saya, Prof Madya Dr Mohd Zariat Abdul Rani, atas pulangnya bonda yang dikasihi. Saya mengenali Zariat sebagai anak soleh yang setia bersama bondanya sejak dulu. Latar pulang yang indah, sebaik kedua-duanya selesai solat subuh pada pagi Jumaat. Saat saya meninggalkan Zariat di Masjid UPM, jenazah bondanya sedang dibaringkan di hadapan saf yang panjang dan berlapis-lapis... alfatehah.
Image
Latar terindah dalam perjalanan saya ke negeri  pantai Laut China Selatan minggu ini. Masjid Sultan Ismail, Chendering.
Image
1 Muharam 1436. Semoga hati kita turut berhijrah.
Image
Profesor Ismail Hussein, menuju jalan pulang pada 20 Oktober 2014. Al Fatehah.
Image
Hari ini, hampir semua tahu tentang hadith Rasulullah untuk membaca surah al Kahfi setiap Jumaah. Kahfi ( cave , gua) mengandungi beberapa penggal cerita. Bermula kisah pemuda dalam gua, kisah Musa-Khidir, Zulkarnain dan Yakjuj-Makjuj. Saya juga sejak beberapa tahun ini mengamalkan apa yang menjadi sunnah itu. Dan saya ada cerita misteri lagi sejak kehilangan al Qur'an dalam telefon kelmarin. Semalam, sebaik bergegas untuk menyahut waktu asar, telefon saya mengeluarkan peringatan: Anda belum baca al Kahfi hari ini! Saya hampir terduduk, program apa yang sudah saya muat turun sehingga ada peringatan begitu? Saya tidak pernah ingat. Tapi Zahar melihatnya sebagai peringatan dari Allah. oh, saya jadi begitu malu.
Image
Cerita ini  misteri, untuk saya. Program iQuran Pro saya hilang daripada kantung telefon tangan! Ya, al Qur'an saya hilang! Dan ia bukan kerja Alif Matiin! Malah Alif Matiin terperanjat, yang bukan pura-pura, saat kami mahu membaca surah al Mulk seperti biasa dan tidak dapat mengesan di mana program itu berada. Jadi malam itu, kami terus menggeledah program al Qur'an baru dan ternyata tiada yang dapat menandingi iQuran pro dengan pilihan utama suara Misyary. Saya sangat takut dengan lenyapnya al Qur'an! Dahulu saya muat turun dengan percuma, rupa-rupanya sekarang berbayar. Tak mahal mummy, Alif Matiin teryata teruja bila melihat harganya, MYR6.99. Ya memang sangat tidak berpadanan dengan kandungannya. Tapi saya ragu-ragu pula untuk teruskan pembelian menerusi kad kredit. Saya belum pernah membeli belah melalui kedai play store berbanding kedai online lain. Selamatkah?
Image
Cerpen terbaru dan pertama kali di Harmoni Oktober 2014 .  Insya Allah akan menulis lagi di  Harmoni.  Terima kasih editornya, Sdr Rahaiza Ismail. Terima kasih Sdr  Tetamu Istimewa  atas makluman penyiaran ini. 
Image
Patrick Modiano, penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2014. Sasterawan Perancis yang meminta kita membaca novelnya,   Pour que tu ne te perdes pas dans le quartier. Klik . 
Image
Jambangan idul adha kami ini menyambut keluarga Temasek yang datang berhari raya bersama kami. Solat, menikmati juadah dan bertukar cerita, merupakan babak babak yang indah. Jambangan ini juga mengingatkan kami pada nenda yang suka bunga segar dipajang di penjuru meja. O nenda, semoga terus aman di sana...  Taqabbalallahu minna waminkum.
Image
Lagi rakaman dari kembara April lalu... Dewan Siswa 10/2014
Image
Chocolate fountain  dengan latar pokok dan buah koko di Pameran Hari Coklat dan Koko Malaysia 2014 di ruang pameran Mid Valley Megamall 27-28 September. Banyak yang saya kumpulkan ...
Image
Rakaman dari kembara April lalu. Terima kasih editornya, Sdr Fadhli al-Akiti yang menjadikan judulnya cantik dengan latar hijau. Dewan Sastera 9/2014
Image
Jumpa ya!
Image
Saya akan bertemu susuk lelaki ini besok. Tahniah SN Prof Dr Muhammad Haji Salleh atas Anugerah Sastera MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) ke-5, mahaguru saya.
Image
Saya tahu Zahar seorang  yang kritis. Selama  menulis, Zahar menyedarkan, jarang ada antagonis dalam cerpen yang saya dihasilkan. Watak penjahat hanya berupa kenangan yang mahu dijauhi. Watak hitam adalah  hati protagonis sendiri (rujuk Masitah yang sudah tua di sebelah ini). Tambah Zahar lagi itu akibat tabiat saya yang suka mengelamun, berkhayal dan mengenang-ngenang. Jadi dalam karya terkini, Zahar dengan provokatif, mencabar saya untuk munculkan  si penjahat, penjarah yang bertemu dengan watak-watak baik saya. Kejamnya!
Image
Saya terjumpa ulasan ini. Terima kasih banyak! Klik .
Image
Saya kuburkan wassap mulai hari ini. Jumpa di ruang lain! Ini catatan awal saya, sebelum  ditambah catatan baru ini. Saya menerima pop-in message yang antara lain menyatakan saya diberikan masa sehari tambahan untuk bersedia membayar perkhidmatan wassap. Beberapa teman menyatakan ia hanya spam , abaikan. Sedangkan banyak nombor luar negara dalam  contact list saya menggunakan wassap. Jadi bagaimana ya?
Image
Pulang ke kampung mertua, selain memasak, yang menarik dilakukan ialah memancing dari kolam ikan. Isi lubuk talapia, haruan dan baung seperti menyerah diri. AM dan kumpulan sepupunya dengan mudah mendapat lebih sepuluh ekor setiap kali memasang umpan cacing yang dikais dari tanah di penjuru laman. Sebaik dibersihkan, ikan akan disalai berhampiran tembok kecil tempat kami selalu berkumpul waktu malam untuk sesi memanggang. O alangkah, saya, anak bandar yang sememangnya sukakan ikan, apa sahaja jenis ikan, sekarang asyik menguis isi ikan yang enak dengan bau salai sabut kelapa. Allah, saya teringat almarhumah omak mertuo den yang selalu menjanjikan masakan yang enak ikan sembilang salai masak lomak cili api...
Image
Musimnya datang lagi.  Pasti, setiap tahun kedatangan Zulhijjah, kenangan 2011/1432 masuk menyelinap. Memang saya sangat rasakan istimewanya menjadi hujjaj. Saya iringi doa buat sahabat yang menjadi jemputan Allah tahun ini - Maklong Hamidah, Sis Rohana, Dr Latiff dan Brother Salim Butler.  MasyaAllah tabarakallah. Haji yang mabrur!
Image
Musykil. Banyak yang aneh apabila satu siang, jalan di hadapan rumah kami yang masih elok, diturap Saya teringat jalan utama di persimpangan mantan padang golf yang berkeluk, berlubang besar, tidak pula dilapis baru. Pelik. Itu perkataan Alif Matiin suatu ketika dahulu apabila mendapat jawapan yang tidak menepati apa yang diharapkannya. Tapi bukankah al Qur'an selalu minta kita berfikir apabila berhadapan dengan segala yang aneh, musykil dan pelik itu? 
Image
Banyak yang perlu dicatat, dikalam. Namun tidak semua harus dirakam dalam tulisan. Banyak juga yang harus disimpan dalam dada dan ketika itu hati dan akal akan serentak berkata, hanya Allah yang Lebih Mengerti.
Image
Semakin panjang senarai kumpulan wassap dan telegram saya. dan sekarang saya tidak lagi sempat mengejar perbualan rakan-rakan. sama ada membiarkan beratus-ratus mesej masuk atau saya klik clear history. saya mula rasakan himpunan teman-teman ini sudah jadi seperti fb yang  saya kuburkan beberapa tahun lalu. terlalu banyak cerita ... 
Image
Banyak yang saya rindukan dari permainan lentera kertas ini. Sering membawa saya kembali ke perkampungan Temasek kami. Saya akan berjumpa lagi teman-teman yang wajahnya cuba menyelinap dan berselang seli mahu memperkenalkan diri semula. Malam tadi usai menyiapkan latihan matematik, saya mengajak Alif Matiin ke taman kecil kami. Saya nyalakan lentera ini. Saya nyalakan api rindu! Seraya mengucapkan terima kasih, Alif Matiin mencari-cari penjuru untuk menyangkut lenteranya.
Image
Saya orangnya memang tidak sabar! Memang. Maka beberapa hari ini saya menggeledah buku-buku di rak. Saya mencari sabar. Beberapa jilid Ihya Ulumiddin. Jilid 3 menemukan saya dengan bab sabar dan syukur. Alangkah! Saya diberitahu al Ghazali betapa banyak bahagian dalam al Qur'an yang mengajak kita untuk sabar. Mengapa? Allah sangat mengasihi hamba-Nya yang sabar! Allah melipatgandakan pahala orang yang sabar (al Qasas: 54) dan ia ganjaran yang tidak terhitung (az Zumar: 10).  Saya mahu menjadi hamba yang dikasihi Allah! Saya mahu jadi hamba-Nya yang sabar!
Image
Patch Adams sangat mengilhamkan apabila saya mendapati sahabat doktor saya tidaklah seperti Dr Adams sama ada dalam filem atau watak sebenarnya. Malah saya pernah menulis Petala Rengsa dalam Dada ( Mingguan Malaysia, 16 Disember 2007), merakam kisah doktor yang haloba. Kematian tragis Robins William,  pelakon yang saya senangi dengan  watak-watak kemanusiaannya, suatu yang sangat ironi. Begitu juga saya pernah menggunakan filem Dead Poet Society , untuk membawa mahasiswa mengenali guru sastera John Keating yang mengasihi pelajar-pelajarnya menerusi puisi. 
Image
Lebaran kali ini yang menduga. Saya demam dengan penurunan jumlah platelet. Memang menggerunkan. Nasihat doktor, ubat mujarab hanya air kosong yang harus diambil 3 liter sehari. Ya, insya Allah memang mustajab. Saya juga disyorkan 3K yang turut membantu membawa kembali nombor platelet lebih 200. 3K. Ketam yang direnih menjadi sup sedap. Kelapa muda, minum airnya tanpa gula. Kiwi, dilebur menjadi sari buah atau dimakan terus. 3K yang enak sebagai ubat.
Image
Masih tentang "Infithaar di Taman Salju". inilah foto yang mengesankan sehingga menumbuhkan ilham. saya permah menampalnya di entri 20 April 2014. perca-perca kenangan - perkenalan, pertemuan dan percakapan, saya satukan dalam cerpen tersebut. terima kasih kepada editornya, Sdr Nazmi Yaakub yang memahami dan menyiarkannya. saya tampal sekali lagi foto yang saya rakam dari Winter Garden, Grafton, Auckland, yang turut menjadi lukisan cerpen.
Image
Cerpen terbaru saya di Berita Harian, 3 Ogos 2014. Antara ilham dari Tanah Selandia Baru.
Image
Image
Masih ada yang gagal kali ini. moga ihsan dan redha Allah buat saya ... Insya Allah !!!
Image
Selayaknya  ia diraikan sepertimana yang kita perbuat sepanjang Ramadhan...
Image
Berikan mereka syurga!
Image
Doa saya ...
Image
Saat aman!