Lebaran kali ini yang menduga. Saya demam dengan penurunan jumlah platelet. Memang menggerunkan. Nasihat doktor, ubat mujarab hanya air kosong yang harus diambil 3 liter sehari. Ya, insya Allah memang mustajab. Saya juga disyorkan 3K yang turut membantu membawa kembali nombor platelet lebih 200. 3K. Ketam yang direnih menjadi sup sedap. Kelapa muda, minum airnya tanpa gula. Kiwi, dilebur menjadi sari buah atau dimakan terus. 3K yang enak sebagai ubat.

Comments

hasni hanna said…
Assalamualaikum Dr. Mawar yang dikasihi,

Didoakan Dr. sentiasa dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan yang baik-baik. Amin.

3K yang amat bermakna untuk tubuh. Rasanya enak, segar dan selamat untuk kesihatan. InsyaAllah. Lalu, kembali cergas menukil karya.

Salam manis,

HASNI. :)
Mawar Safei said…
Hasni yang dikasihi Allah,
wa'alaikumussalam

jazakillah khayr.
semoga Hasni juga terus menulis.
hasni hanna said…
InsyaAllah Dr.

Lama sudah tidak berkarya, insyaAllah akan bermula semula. :)