Hari ini, hampir semua tahu tentang hadith Rasulullah untuk membaca surah al Kahfi setiap Jumaah. Kahfi (cave, gua) mengandungi beberapa penggal cerita. Bermula kisah pemuda dalam gua, kisah Musa-Khidir, Zulkarnain dan Yakjuj-Makjuj. Saya juga sejak beberapa tahun ini mengamalkan apa yang menjadi sunnah itu. Dan saya ada cerita misteri lagi sejak kehilangan al Qur'an dalam telefon kelmarin. Semalam, sebaik bergegas untuk menyahut waktu asar, telefon saya mengeluarkan peringatan: Anda belum baca al Kahfi hari ini! Saya hampir terduduk, program apa yang sudah saya muat turun sehingga ada peringatan begitu? Saya tidak pernah ingat. Tapi Zahar melihatnya sebagai peringatan dari Allah. oh, saya jadi begitu malu.

Comments

aidura sofiee said…
as Salam.

Pn. Mawar, saya turut mengalami pengalaman yg sama. :)

saya ada memuat turun 2 aplikasi di tab saya iaitu quran for android dan juga iquran.

saya kurang pasti aplikasi yg mana satu di antara keduanya yg ada memberi peringatan ttg surah al-kahfi.
Mawar said…
Sdr Aidura
Wa'alaikumussalam,

yang bagusnya, kita selalu diingatkan...alhamdulillah.