Cerita ini  misteri, untuk saya. Program iQuran Pro saya hilang daripada kantung telefon tangan! Ya, al Qur'an saya hilang! Dan ia bukan kerja Alif Matiin! Malah Alif Matiin terperanjat, yang bukan pura-pura, saat kami mahu membaca surah al Mulk seperti biasa dan tidak dapat mengesan di mana program itu berada. Jadi malam itu, kami terus menggeledah program al Qur'an baru dan ternyata tiada yang dapat menandingi iQuran pro dengan pilihan utama suara Misyary. Saya sangat takut dengan lenyapnya al Qur'an!



Dahulu saya muat turun dengan percuma, rupa-rupanya sekarang berbayar. Tak mahal mummy, Alif Matiin teryata teruja bila melihat harganya, MYR6.99. Ya memang sangat tidak berpadanan dengan kandungannya. Tapi saya ragu-ragu pula untuk teruskan pembelian menerusi kad kredit. Saya belum pernah membeli belah melalui kedai play store berbanding kedai online lain. Selamatkah?

Comments

monalita mansor said…
Telefon saya tidak begitu pintar. Maka untuk surah-surah pilihan, saya muat turun daripada Youtube terus.
Mawar Safei said…
Sdr Monalita
Terima kasih.
iQuran pro itu sangat bagus. Ada terjemahan pelbagai bahasa dan pilihan suara yang membacanya (dan saya selalu memilih Misyary). Juga ada panduan tajwid. Hampir lengkap.
monalita mansor said…
Bagusnya. Insya-Allah. boleh dimuat turun apabila rezeki bertambah, dapat memiliki sebuah telefon pintar.
Mawar Safei said…
Sdr Monalita kembali
insya Allah, telefon sebagai kemudahan untuk beribadah...
Aidura Sofiee said…
Assalam.

Pn. Mawar,

Usah bimbang. Pembelian online adalah selamat dan boleh diyakini, in shaa Allah.

Saya sendiri membuat pembelian iQuran Pro utk telefon pintar saya. :)
Mawar Safei said…
Sdr Aidura Sofiee

Masya Allah, terima kasih banyak atas perhatian dan maklumat ini...
Nurul Afifah said…
boleh try Quran Android.. pon nice jugak.. beli online selamat insyaAllah sbb playstore ni mmg dah acknowledge.

P/S : Jom sokong segmen pertama kami! >>> Segmen Blogwalking bersama AfifahAddnan dan Amiez
Mawar Safei said…
Sdr Nurul Afifah

Terima kasih banyak atas cadangan.
Saya akan cuba.