Saya orangnya memang tidak sabar! Memang. Maka beberapa hari ini saya menggeledah buku-buku di rak. Saya mencari sabar. Beberapa jilid Ihya Ulumiddin. Jilid 3 menemukan saya dengan bab sabar dan syukur. Alangkah! Saya diberitahu al Ghazali betapa banyak bahagian dalam al Qur'an yang mengajak kita untuk sabar. Mengapa? Allah sangat mengasihi hamba-Nya yang sabar! Allah melipatgandakan pahala orang yang sabar (al Qasas: 54) dan ia ganjaran yang tidak terhitung (az Zumar: 10).  Saya mahu menjadi hamba yang dikasihi Allah! Saya mahu jadi hamba-Nya yang sabar!

Comments


Assalamualaikum,

Dr. Mawar.

tidak silap saya salah satunya ayat as-sabr jamel..kesabaran itu cantik, mungkin dalam surah Yusuf....

Hari ini hari jumaat. Selamat berjumaat dr...
Mawar Safei said…
Wa'alaikumussalam
Sdr Fadzil

jazakallah khayr!
ya saya baru semak.


Anonymous said…
Puan,Mukjizat Sabar Dalam Al Quran oleh Dr Yusuf Al Qaradhawi, juga seronok dibaca
Mawar Safei said…
Anonymous
Bahagianya saya menerima khabar ini.
Saya akan cari dan belajar.

Terima kasih.