
Bukankah telah Aku katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan yang kamu sembunyikan? (baqarah: 33). lewat senja kelmarin ada pelangi yang merentang di langit. dengan girang Alif Matiin menudingnya dari dalam kereta. "semua orang mesti happy lihat rainbow, kan mummy?" hati saya kembang bagai bunga. ternyata anak saya sangat gembira setiap kali melihat pelangi. masya Allah, penciptaan yang indah dengan rahsia milik-Nya. dan kami mula menyanyi lagu pelangi!