Dua minggu ini nenda ditempatkan di aras 8 Hospital Khoo Teck Puat , yang menurut Zahar hospital terpermai pernah dilawatinya. dengan kehijauan, aliran air yang menghuni bersama para pesakit serta angin yang keras namun seperti mahu meloloskan lara, kepedihan mahupun kesendirian di katil yang hanya bertemankan misi dan ubat. berselang seli kadang kala ada sekumpulan anak muda dengan cello dan biola, datang mengalunkan muzik di tubir kolam aras bawah. getarnya dibawa angin sampai ke paras atas. untuk sebulan ini hilang ingatan nenda dan kami mengandai-andai bahawa ia petaka alzheimer atau dementia . rupanya isyarat Tuhan yang selalu mahu membantu, kami diberitahu nenda berdepan dengan brain tumour . ia sudah lama bersarang dan ternyata nenda begitu dapat bertahan tanpa apa-apa tanda. ya Allah, nenda ternyata sudah tidak dapat menyebut nama saya. namun suatu pagi sewaktu giliran saya mengawasi nenda, saya bacakan ad dhuha berkali-kali tanpa jemu di bahu nenda....
Posts
Showing posts from January, 2013
- Get link
- X
- Other Apps
12 Rabiul awal, kami meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad dengan memperbanyakkan salawat. saya memberi tugasan pagi kepada Alif Matiin untuk menulis nama "Muhammad Abdullah" dan selalu menyebutnya agar Rasulullah juga tidak lupa pada nama Alif Matiin. saya juga mengirim kawat kepada beberapa sahabat, dengan rakaman ucapan agar kita memperoleh syafaat Rasulullah dengan menggandakan ingatan kepada baginda yang kita rindu dan cinta. saya turut membacakan sisipan bab Rubu' Ihya Ulumiddin tentang akhlak dan adab Rasulullah kepada Alif Matiin dan Zahar. mereka ternyata teruja apabila saya bacakan, Rasulullah seorang yang pemalu, berhidung mancung dan kulitnya kemerahan. Rasulullah punya kerendahan hati. apabila ada yang gementar dengan kehebatannya, baginda akan menyapa, aku hanya seorang anak perempuan Quraisy yang makan daging kering.
- Get link
- X
- Other Apps
Saya sudah beralih tanggungjawab rasmi di pejabat. daripada menjaga hal ehwal akademik dan pentadbiran program, sekarang saya diberikan tugas menjaga jurnal. Jurnal Melayu . oh, ternyata ia bukan kerja mudah. saya menyelak buku panduan, kamus dan mencari perkakas sendiri, untuk memulakan kerja berat ini. ya, saya seperti pekerja baru di hari pertama. kepada sdr yang berminat, silalah mengirim makalah. antara panduan penulisannya ada di sini ; sementara ia dikemaskinikan... semoga saya dikasihani Allah dengan sabar dan solat, untuk melunaskan amanah ini.
- Get link
- X
- Other Apps
Banyak rupa nikmat yang Allah berikan untuk setiap kita. manusia selalu berfikir dalam rumus matematika atau logika. maksud saya, nikmat itu dilihat sering dilihat dalam susuk yang baik sahaja. sekiranya ditimpa musibah, datangnya sekali-kali tidak diraikan sebagai nikmat. saya dalam kesedihan apabila mengenangkan nenda yang saya kasihi mula mengalami sindrom lupa. saya sebak saat memperkenalkan diri, siapa saya kepadanya, kerana nenda sudah mula lupa banyak perkara. sekejap saya terjaga, mengapa nenda saya jadi begitu. alangkah jika dalam usia 83 tahun, diingatnya banyak peristiwa, mungkin sahaja ia merupakan satu petaka yang sangat mendera untuk si pikun sepertinya. maka saya pun menadah tangan, alhamdulillahi rabbil alamin . terima kasih Allah kerana ada yang terlupakan oleh nenda kami itu!
- Get link
- X
- Other Apps
Sekian banyak yang saya rakam dalam ruang blog ini, saya sedar saya tidak menyaring sama ada ia kisah yang menyukakan hati atau sebaliknya. kali ini termasuklah yang akan saya berbahagi juga adalah cerita pendek Alif Matiin dalam waktu kurang lebih seminggu memulakan persekolahannya. di sebalik kisah dia happy mendapat bilik darjah (sehingga tidak mahu pulang sewaktu menduduki ujian saringan), anak saya itu juga menyimpan sejarah sendiri. antaranya pipi kiri berparut kerana jatuh di kantin, seluar sekolah agama berlubang kerana diseret, kotak pensil patah (isinya entah di mana), tali beg sekolah yang mula haus kerana bergeser dengan roda, tertukar tali leher, tali botol air putus dan pulang dengan baju yang comot hampir setiap hari! ya, semua berlaku dalam seminggu ini. dan saya mahu bercerita kepada sdr kerana ia bukan rahasia untuk saya simpan sendiri.
- Get link
- X
- Other Apps
Alif Matiin atau ejaan sebenarnya Aliif Matiin, sudah mula buat sujud syukur seusai solat. kami mengasuhnya untuk selalu berterima kasih kepada Allah atas segala yang diberikan melalui sujud syukur. sepatah kata bapaknya, walau dapat musibah pun kita harus buat sujud syukur kerana kita lebih dekat dengan-Nya. semalam selepas solat maghrib saya bertanya untuk apa sujud syukurnya kali ini. anak saya dengan riang menjawab sebab Alif happy, sebab Alif pandai buat kerja sekolah, sebab baju sekolah Alif tak kotor.... saya suka gambar ini. ia pernah saya gunakan dalam entri september 7, 2012.
- Get link
- X
- Other Apps
Cuti saya berakhir hari ini sempena anak mula persekolahan. hari pertama, kami perhatikan tiap masa: masuk darjah, waktu rehat dan waktu pulang. rupa-rupanya sangatlah meriah di pintu pagar sekolah waktu keluar masuk. pada masa-masanya, van dan bas sekolah menderu-deru! kami mendapatkan pemandu dan pengasuh Alif Matiin, seorang yang mengambil berat soal binaan peribadi dan ruhani. banyak yang dipelajarinya tiga hari ini. tidak putus-putus saya mendoakan khusus lewat sujud untuk Alif Matiin diterangkan hati belajar, disenangi, dikasihi dan diterima guru-guru dan teman-temannya. semoga Allah menggerakkan tutur kata dan tingkah laku yang terpuji dalam diri anak kami itu. amin!
- Get link
- X
- Other Apps
Kotak pintu baru rumah kami ini antara kehendak dan impian Zahar yang banyak mengingat surau zaman anak-anaknya. saya juga suka dengan citarasa ini. namun masih ada yang belum lengkap, antaranya rangka jendela kaca yang mengapit. pintu separuh kaca dan kayu ini melatih Alif Matiin untuk hati-hati sama ada membuka atau merapatkannya kembali. begitu juga dengan sikap hati-hati yang setiap ketika saya ingatkan anak bujang saya yang baru mula ke sekolah. antara pesan neneknya juga, jalan hati-hati, jangan berlari di sekolah! saya terus berdoa semoga pintu ini juga lambang bukaan rezeki buat kami, buat kita di tahun baru!