Saya sudah beralih tanggungjawab rasmi di pejabat. daripada menjaga hal ehwal akademik dan pentadbiran program, sekarang saya diberikan tugas menjaga jurnal. Jurnal Melayu. oh, ternyata ia bukan kerja mudah. saya menyelak buku panduan, kamus dan mencari perkakas sendiri, untuk memulakan kerja berat ini. ya, saya seperti pekerja baru di hari pertama. kepada sdr yang berminat, silalah mengirim makalah. antara panduan penulisannya ada di sini; sementara ia dikemaskinikan... semoga saya dikasihani Allah dengan sabar dan solat, untuk melunaskan amanah ini.
 

Comments

Tetamu Istimewa said…
Adakah terbuka kepada semua?

Untuk makalah yang pernah disiarkan seperti di Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bolehkah dihantar ke sini?
InsyaAllah Dr pasti boleh melakukannya.. :)
Mawar Safei said…
Tetamu Istimewa

sila rujuk format penulisan di laman sawang JM (disediakan mantan sidang editor). kami sangat mengalu-alukan makalah hasil penyelidikan.

terima kasih atas perhatian.
Mawar Safei said…
Rai
insyaAllah! terima kasih.
Intan Marlina said…
Semoga berjaya kekanda Mawar!
Intan Marlina said…
Semoga berjaya dan Allah permudahkan segala urusanmu kekanda Mawar!
Mawar Safei said…
Adinda Intanku

terima kasih. insyaAllah.