Posts

Showing posts from May, 2010
Image
Hujung minggu lalu saya menumis sebelanga asam pedas. khusus buat Abah ikan terubuk yang diidamkan. sementara buat anak-anak dan yang lain, ikan tenggiri. maka kami sekeluarga kenduri asam pedas melaka, resepi asal makcik Timah Baba. tapi yang lebih bahagia apabila dapat makan bersama-sama. erk, alhamdulillah...
Image
Dalam luruh hujan pagi yang lebat saya ke kampus. kemudian seharian ini cuaca kering panas. betapa Dia itu sangat Adil dan Pengasih; mengimbangi jiwa kita dengan hujan dan matahari. selalu saya minta Alif Matiin mengucapkan, alhamdulillahi rabbil alamin... . dan pagi ini si Mohican saya itu ligat kembali mengikut rombongan sekolahnya ke TUDM dan Beryl's. Zahar juga sudah berani keluar dari kurungan! saya melihat mereka seperti dua pelangi yang pernah merentangi langit pada suatu petang di laman rumah. alhamdulillahi rabbil alamin...
Image
Si cantik dan wangi ini sekarang sering menyambut saya saat tiba di ruang parkir. dia juga yang membuang lelah saya saat mahu pulang ke rumah. bagus sekali fakulti membina para-para @ pagola di sepanjang kawasan parkir. apatah lagi dengan beban tugas yang kian melemaskan. tapi, ada juga yang selalu mencuri kesidang ini untuk menghias sanggul. heh, saya tahu si pencuri itu!
Image
Pagi isnin yang baru. cepat saya nyalakan lilin dengan haruman bunga kasturi setibanya di bilik kerja . sebenarnya saya turut menyalakan ilham, semangat dan jiwa besar untuk memulakan tugas. sedang hati saya gusar, Mohican mula hangat dan agak lesu pagi ini. sedang Zahar masih terkurung lagi! ya Tuhan, berikan saya kekuatan!
Image
Saya cuba berikhlas hati menerima ujian-Nya bila kali ini Zahar pula yang diserang cacar @ jintungan @ bertih @ chicken pox berpunca virus varicella, selepas Alif Matiin . beberapa hari ini saya seperti misi yang sibuk di wad. sewaktu memberi anti viral dinihari tadi (setiap 5 jam), saya terdiam bila tiba-tiba Zahar berkata dia seperti Nabi Ayub... o, saya mahu dapatkan bunga segar dan letak di sisi meja pesakit saya ini, diiring doa. mohon doa sama ya!
Image
Masa kian berubah dan kita juga terpaksa berubah kerananya. seperti baris-baris ini yang sempat saya rakam waktu mesyuarat di tempat saya bertugas... ada luka di hujung siku cepat ditutup dengan balutan alahai, apalah nasib padamu buku jurnal kini menjadi sebutan. nota: mungkin entri ini dapat dibaca beriringan dengan tulisan Salbiah Ani , Hanya kerana RM300, muslihat naik pangkat (Berita Harian , mei 6, 2010).
Image
Saya berlari lagi dari garis monotonous yang hampir tidak dapat saya elakkan untuk sekian masa. saya membawa diri jauh ke hujung pantai; yang setiap kali kaki saya mengelus pasir putih halusnya dan bayu Selat Melaka yang mengiring berita, saya terlalu berterima kasih kepada Dia yang banyak memberi, sedangkan saya...ah!
Image
Bukan sempena Hari Ibu, kebetulan hari minggu yang lapang untuk saya ke SPA Zie dan memanjakan muka yang sudah letih sekian minggu. pulang ke rumah, Zahar dan Mohican meraikan saya dengan pesanan pizza makanan laut dan pizza pencuci mulut pisang manis. dan kami enak sekali makan bertiga saat hujan luruh dengan lebatnya... Selamat Hari Ibu buat semua!
Image
Kampus kembali sunyi. mahasiswa sudah pulang ke kampung halaman. atau bagi yang tahun akhir, seusai menyelesaikan tesis , kini mereka memulakan hidup baru. saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga ilmu selama menjadi mahasiswa dimanfaatkan sebaiknya sebagai insan dan memberi kebaikan kepada yang lain ...
Image
Ada yang mungkin keliru antara cacar @ jintungan @ bertih @ chicken pox berpunca virus varicella; dengan demam campak @ rubeola yang disebabkan virus measles . atau ada yang anggap kedua-duanya sama? ada juga yang yakin minum air kelapa untuk keluarkan panas dari dalam. cacar sedang menular pada Alif Matiin. walau bagaimanapun Mohican saya itu tetap ligat!