Hujung minggu lalu saya menumis sebelanga asam pedas. khusus buat Abah ikan terubuk yang diidamkan. sementara buat anak-anak dan yang lain, ikan tenggiri. maka kami sekeluarga kenduri asam pedas melaka, resepi asal makcik Timah Baba. tapi yang lebih bahagia apabila dapat makan bersama-sama. erk, alhamdulillah...

Comments

rayyanzilfi said…
Oh tidak! Lama benar tidak menjenguk laman ini, saya 'dikejutkan' dengan menu yang amat saya gemari..asam pedas...lauk yg paling ku gemari di dunia:ikan terubuk (lauk kedua yg digemari:ketam)..ku doakan semoga Dr Mawar sentiasa sihat sejahtera.
Mawar said…
Rayyan
hehehe, banyak benar persamaan kita. terima kasih atas doanya. harapan yang sama buat Rayyan sekeluarga.
NASSURY IBRAHIM said…
Terliurlah pulak ...
Mawar said…
Sdr Nassury
alahai, pergilah cari asam pedas!
RayyanZilfi said…
Dr Mawar,
Terima kasih kembali. Doakan kami selamat sampai ke K.Terengganu pagi esoknya. Malam ini kami berlepas...(bunyinya macam menaiki pesawat...hehehe...TIDAK). Menaiki kereta, ada urusaan ummah di sana.
Mawar said…
Rayyan
insya Allah moga selamat tiba dan dipermudahkan segala urusan. oh, terengganu, saya rindu dengan pantainya...
wardah munirah said…
itu antara masakan kegemaran emak saya dan saya pula gemar memakannya. Tetapi, hati-hati pada tulang halusnya. Saya pernah hampir dibawa ke hospital kerana tercekik tulang ikan terubuk ketika dalam darjah empat tahun 1997 dulu. huhu
Mawar said…
Wardah
ya betul, ikan terubuk sedap tapi tulangnya...:-( waktu kecil, mak pesan, jangan makan ikan terubuk sambil menonton tv...heheh...