Si cantik dan wangi ini sekarang sering menyambut saya saat tiba di ruang parkir. dia juga yang membuang lelah saya saat mahu pulang ke rumah. bagus sekali fakulti membina para-para @ pagola di sepanjang kawasan parkir. apatah lagi dengan beban tugas yang kian melemaskan. tapi, ada juga yang selalu mencuri kesidang ini untuk menghias sanggul. heh, saya tahu si pencuri itu!

Comments

purplemelastoma said…
Dr. Mawar,

Di atas tunggul diletak belanga
Digoreng sekata kerisik kelapa
Memang di sanggul hinggapnya bunga
Budaya kita kenapa dilupa?


Ada sesiapa yang nak beli pantun saya?

Apa isi Novel Intelektual Melayu?
qaulani said…
Dr Mawar,barisan kata2 ungkapan Dr amat simple namun amat mempesona setiap yang membacanya.
wardah munirah said…
Dr. Mawar ... bunga apa tu?
Mawar said…
Prof Ungu,
terima kasih. saya beli pantunnya:

emak memarut buah kelapa
masak rendang enak dirasa
akar budaya tak kan kulupa
kerana itulah wajah bangsa.

NIM (novel INTERTEKSTUAL melayu) antara lain tentang kecenderungan kepengarangan melayu "berdialog" dengan teks lain dalam penghasilan karya mereka. buku kecil oleh orang kecil, Prof.
Mawar said…
Qaulani
terima kasih. mempesona?
Mawar said…
Wardah,
ini bunga kesidang atau juga digelar kerak nasi, sayang. wanginya...akan buat awak jatuh cinta! entri lama saya disember 23, 2008 juga tentang bunga cantik ini.
~ciknura~ said…
Puan tahu, ini bunga kegemaran saya dan ibu saya! Sering juga mencurinya di kawasan sekolah. Haha, nak tanam di rumah, tak bertanah..:)

Baunya, alahai.Terutanmanya apabila bersekali dengan basah embun waktu pagi. Menenangkan...
Mawar said…
Ciknura si pencuri kesidang,
ya, harumnya ... subhanallah.