Posts

Showing posts from June, 2025
Image
  Mahaguru kami dan pernah dikatakan beliau adalah ayah saya! Benar, Ayahanda Dr Shafie Abu Bakar sering menuntun jalan akademik kami, khususnya Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin, penulis bersama buku Nukilan Nurani dari Tanah Suci: Proses Kreatif Cerpen dan Puisi Haji (Penerbit USIM, 2025). Terima kasih Dr Shafie Abu Bakar, kesudiannya menulis kata pengantar buku kami. Dirahmati terus dengan keafiatan dan kebaikan dunia akhirat.
Image
Datuk Jasni Matlani. Sasterawan Negeri Sabah ke 4. Penerima Anugerah SEA Write 2015. Kenalan lama sewaktu MASTERA 1999 bersama-sama Hizairi Othman dan Faisal Tehrani. Kenangan yang terus hidup dalam untaian persahabatan kami. Terima kasih sudi datang!  
Image
  Disedar akan hanya sedikit masa yang tinggal. Ia adalah rahmat. Saya memujuknya terus....
Image
Alhamdulillah syukur. Terima kasih Pn Khairunnajwa Mohd. Tahet, Editor Penerbit USIM yang menangani buku Nukilan Nurani dari Tanah Suci: Proses Kreatif Cerpen dan Puisi Haji (2025) , dengan penuh ihsan. Kata Pengantar oleh Dr Shafie Abu Bakar, meletakkan buku ini sebagai contoh sebuah teks Takmilah. Sila dapatkannya dari kami atau Penerbit USIM dengan harga RM38. Terima kasih.  
Image
Terima kasih kepada Hafizah Iszahanid, Berita Harian menyiarkan segera rencana ini. Saya tidak mahu menyampaikan khabar duka ini dalam acuan melankolik cliche . Sebaliknya dengan judul asal Mana Sikana dan Metasejarah, saya mahu guru kita ini dikenang akan kegigihannya menghidupkan terus dunia kritikan wilayah kesusasteraan Melayu. Saya percaya Mana Sikana terus hidup ...