Posts

Showing posts from 2024
Image
Terima kasih pihak ITBM mengundang untuk membicarakan Coretan Hati: Antologi Cerpen Azerbaijan . Sehimpunan lapan cerpen menarik oleh lima pengarang Azerbaijan. Ayuh kita ke Laut Kaspian dan wilayah Kaukasus.   
Image
Terima kasih kepada T.Y.T. Andreas Launer , Duta Besar Austria pada kesempatan membaca cerpen Salju Tiga Gunung di Lembah Tragos (Dewan Sastera, Disember 2024) . Ia merupakan kenangan kami berdiskusi tentang kesusasteraan Melayu pada April lalu. Saya sangat terilham lantas menulis perihal Austria yang belum pernah saya jejaki. Mungkin juga satu masa nanti! Terima kasih T.Y.T. Duta kerana menulis rakaman penghargaan ini dalam Bahasa Melayu.  Saya terkasima dan pastinya sangat berbahagia.    
Image
Cosmic Connections Langkawi (Academy of Sciences Malaysia, 2023) Sayang sekali buku mewah ini belum dipasarkan untuk umum. Jadi sementara menunggu, saya ke Auditorium DBKL untuk Meniti Cakerawala dalam puisi, dendangan dan gemalai tari. Tahniah TS Prof Emerita Mazlan Othman atas kecintaan ini. 
Image
Saya senang sekali dengan lukisan cerpen saya kali ini, Salju Tiga Gunung di Lembah Tragos. Terima kasih kepada pereka. Terima kasih kepada Sdr Fad yang memahami lapis perutusannya untuk disiarkan dalam Dewan Sastera Disember 2024.   
Image
Saya juga mahu menghitung terus. Terima kasih Sofia atas titipan indah ini.   
Image
https://publicacoes.ciac.pt/index.php/litntour/article/view/203    Saya sebenarnya tidak peduli wadah jurnal apa yang saya sertai, asal saya senang dengannya dan nyaman daripada tangan-tangan duitan. Walau ia bukan scopus atau kertas Q yang sering diburu akademia di sekeliling saya. Penulis kertas Q rata-rata dianggap johan, sementara yang lain dinafikan. Dan ia sangatlah aneh. Gracias Silvia Quinteiro e Lit&Tour!  
Image
 Saya masih membacanya, dan saya menemukan banyak lagi nama...
Image
  Dari jauh saya datang untuk mengimbas kembali persahabatan lebih tiga dekad. Tahniah Zakir, atas pengiktirafan Sasterawan Negeri Kelantan 2023. Terima kasih DBP Wilayah Timur dan Universiti Malaysia Kelantan atas undangan ini.
Image
Saya bertemu Poe lebih sedekad lampau di Baltimore. Betapa Poe menulis al Aaraaf dalam The Raven and Other Writings.  Mahu saya menyelidiknya jauh melarut. Menekuni pengalaman membaca sahabat saya, SM Zakir, saya berjumpa Edgar Allan Poe, Robert Louis Stevenson, Henry Rider Haggard, Ernest Hemingway dan Nikolai Gogol. Menarik sekali!  
Image
Cerpen terkini saya. Terima kasih Sdr Siti Irni Yuslinda Mosman, editor Dewan Siswa yang menyiarkannya. Tahniah kepada pereka Nuha yang dapat menampilkan susuk Nuha yang saya bayangkan. Terima kasih yang awal kepada sahabat saya, Vince the Colorist dan sahabat mungil saya Nuha Nazrul yang turut mengilhamkan. Terima kasih. 
Image
Selain daripada kompang, saya juga senang dengan kek pengantin. Selamat menjadi raja sehari buat Sabrina dan Fazley . Terus dirahmati. Senang sekali menjadi penyambut tetamu di muka dewan pengantin muda ini...  
Image
Dia dari taman kecilku yang selalu memujuk setiap pulang ke rumah dengan lelah...  
Image
  Kegigihannya yang masih belum surut-surut. Masih selalu mengilhamkan kami! Terima kasih dan tahniah PE Muhammad Haji Salleh, mahaguru saya. 
Image
Alhamdulillah syukur. Penyelidikan yang panjang sejak zaman wabah 2020, akhirnya penulisan bersama-sama sahabat  dapat diterbitkan. Terima kasih Editor yang sabar, Sdr Nadzirah Yahya. Terima kasih Penerbit UKM atas geran penerbitan ini. Terima kasih  Yayasan Sumitomo atas dana yang dianugerahkan. Ada lagi yang mahu ditulis tentang sasterawan pelari ini...  
Image
 Sukan meja tenis atau ping pong sangat asing buat saya. Anehnya, saya sekarang boleh bermain, suka malah  berjaya menewaskan lawan!
Image
  Indah benar! Dalam mengenang Pak Suratman Markasan , sasterawan yang kita kasihi. 
Image
Splendour in the Grass oleh William Wordsworth. Puisi-puisinya yang saya baca sewaktu mengikuti kuliah Prof Muhammad Haji Salleh pada 1991. Kali ini terdengar lagi dalam ucapan PM Anwar Ibrahim.   
Image
Mendebarkan tapi menjadikan semuanya berjiwa besar. Saya senang sekali dengan upaya pihak SBC dan SLP  ini. Tahniah!  
Image
Saya membaca lagi " Yasmin How You Know?" Al Fatehah...  
Image
Antara warisan dengan kemasyhuran manusia dan kemanusiaan ...  
Image
  Narasi Remang dari Taman Kecilku ( Berita Harian , 21 Julai 2024). Terima kasih Hafizah Iszahanid atas siaran. Cerita hantu yang tidak seram. Tidak seperti dalam lukisannya. 
Image
Ada beberapa potret, ini antaranya. Terima kasih Asyiqin.   
Image
Kerendahan hati. Kebenaran. Ketulusan. Pengorbanan. Al fatehah Dr Syed Hussin Ali.  2016  
Image
Terima kasih Sal, dapat bersama-sama kami di UKM. Allah merahmati.  
Image
 Ohaiyo gozaimas! Salam kenal Saito Yukiyoshi dari Kedutaan Jepun.
Image
Mengabadikan. Apalagi dengan dengung kenangan. Gending dari Taman Loman.  
Image
Saya membawa pulang alas minum ini dari Taman Loman , tempat saya menginap hampir seminggu dalam perjalanan lalu. Dan saya senang sekali dengan petikan ini. Memayu Hayuning Bawana. Mempercantik keindahan dunia. Indah!  
Image
Merangkul saya pulang saat di pintu taman kecilku ...
Image
  Sejak wabah kami daring saja. Insya-Allah kali ini dapat luring. Saya dibawa terbang! Terima kasih Universitas Negeri Yogyakarta.
Image
Judul yang sungguh cantik, usulan rafiknya juga, SN Prof Emeritus Muhammad Haji Salleh . Sebuah rakaman perjalanan hidup seorang sarjana bidang kaji iklim dan sekitaran, Prof Emeritus Sham Sani. Kedua-dua merupakan mahaguru saya. Ternyata saya tumbuh hasil asuhan mereka. Merentas bidang dan meraikan kesalingan. Terima kasih Prof. Selamat Hari Guru!
Image
Saya hadir sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada mahaguru.   
Image
  Sering juga penawar  datang saat kesakitan begitu pedih.  Terima kasih Nur.
Image
 Hingga jumpa! Insya-Allah
Image
 Edelweiss. Narasi pergunungan. Mudah mudahan Tuhan memberi petunjuk kepada  yang lebih dekat kebenarannya daripada ini (al Kahf: 24)
Image
                                                                   TYT Duta Austria Andreas Launer              Gunung jernih bayangan di awan,              Edelweiss mekar di batu tinggi;              Terima kasih undanganmu Tuan,              Panjang umur, kita bertemu lagi.
Image
Selalunya saya akan menjenguk-jenguk di samping taman kecil. Namun tiba-tiba pada ketika yang tidak disangka-sangka, si cantik ini meraikan kesedihan, lalu saya mengenang doa ini: Wahai yang Maha Mengasihi lebih daripada segala yang mengasihi, kami mohon kemudahan yang tidak ada kesulitan sesudahnya.. kecukupan yang tidak ada kemelaratan sesudahnya.. keamanan yang tidak ada kekhawatiran sesudahnya..kebahagiaan yang tidak ada derita sesudahnya..amin.
Image
  Saya tidak tergerak kaki dan hati untuk ke mana-mana jamuan makan (dan makan) lebaran kali ini. Sepertinya saya menzalimi nurani sendiri.  Lakaran mengesankan ini oleh Suraidi Sipan.
Image
  Syawal yang masih melanjut ruang ujian. Sama ada dapat mempertahankan ikrar Ramadhan ...
Image
 Perasaan yang berkocak... Raikan 1 Syawal dengan seribu syukur, Sdr. Taqabbalallahu minna wa minkum
Image
Antara ranting-ranting kemuning, ada beberapa kuntum raya kuning. Setiap hari ada kudup baru dan sangat membawakan keriangan dalam bahang siang. Ini narasi dari taman kecilku. Siapa pernah tahu ada cerita remang pada sepotong petang di sini ...
Image
Setiap hari pergi dan pulang antara rumah dengan tempat kerja, saya pasti melintasi pusat jualan penempatan baru di tempat kami. Se.duduk. Sangat memikat namanya. Ini bukan iklan rumah. Tapi saya salut kepada Ecoworld yang menggunakan perkataan yang sangat asas, iaitu duduk untuk bukan hanya memerihalkan tempat kita menyeka lelah tapi boleh sahaja dilebarkan falsafah duduk itu sendiri. Duduk antaranya untuk bersandar, berehat, mengamankan dada, berdiam, berumah, atau juga berkeluarga. Oh ya saya turut terlihat Semanja, juga di Kajang! Saya suka.
Image
 Saya senang sekali dengan foto ini. Saya senang sekali melihat lelaki yang memegang buku daripada yang tidak dapat melepaskan telefon dalam genggamannya. Saya juga senang untuk dilihat yang sama. Tahniah DS Anwar Ibrahim, Tokoh Pembaca 1988 yang saya hormati kerana cintanya yang tulen terhadap buku....
Image
  Ini bacaan harian saya sepanjang Ramadhan 1445 kali ini. Bertepatan 30 ayat dengan 30 hari yang didepani, insya-Allah. Saya mulakan ayat pertama tabarak. Limpahan keberkatan yang terlalu banyak dan setiap satunya harus kita raikan dengan memulakan apa sahaja yang dilakukan dengan  بِسْÙ…ِ اللهِ