
Saat mengetik ini, fakulti kembali sunyi; dan langit petang yang keruh. Anak-anak mahasiswa berjeda barang seminggu sebelum menyambung kuliah pada minggu kelapan nanti. April merupakan sekian bulan yang sarat dengan pelbagai urusan. Tidak ada yang lebih mustahak dalam tekanan tugas selain sabar dan sabar. Sedangkan di situlah titik saya selalu kandas. Sabar saya sering dikepung takwim kerja yang rancu. Saya berasa kian disulap salah faham atau barangkali kedunguan saya yang kian bercambah dan mencapah. Semuanya jadi tidak memihak, dan membawa saya ke penjuru, mencari bangku dan kembali memujuk diri untuk mengerti. Lebih mengerti.