Kuliah pertama saya semester ini dengan 21 mahasiswa kursus Penulisan Kreatif dan Media Baharu. Tiga tidak hadir. Saya menggunakan kaedah bengkel penulisan dalam kuliah kali ini. Mencabar mereka dengan banyak syarat untuk menjadi penulis yang bukan biasa-biasa. Antaranya pasti dengan syarat membaca Pak Samad; harus mempunyai mata yang berbeza dan meninggalkan yang cliche. Kuliah seterusnya saya sediakan sebuah kerusi penulis untuk setiap mereka duduk dan bercakap tentang proses kreatif yang dijalani. Sebelum kuliah berakhir saya menawarkan sesiapa yang mahu gugurkan nama daripada kursus ini. Usai kuliah, saya memeriksa semula daftar nama, saya dapati ada dua nama yang hilang daripada sistem. Ya, dengan 19 orang saya sangat berbahagia. Inilah nombor yang sebaiknya untuk sebuah bengkel penulisan yang serius. Atau kurang daripada itu ..,

Comments