Mahaguru kami dan pernah dikatakan beliau adalah ayah saya! Benar, Ayahanda Dr Shafie Abu Bakar sering menuntun jalan akademik kami, khususnya Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin, penulis bersama buku Nukilan Nurani dari Tanah Suci: Proses Kreatif Cerpen dan Puisi Haji (Penerbit USIM, 2025). Terima kasih Dr Shafie Abu Bakar, kesudiannya menulis kata pengantar buku kami. Dirahmati terus dengan keafiatan dan kebaikan dunia akhirat.

Comments

Anonymous said…
Menurut penceritaannya pagi tadi tentang sejarah dan evolusi Bangi, beliau antara penduduk awal Bandar Baru Bangi pada 1977. Alhamdulillah pemikiran dan daya ingatnya masih kuat dengan cetusan idea Bangi Kota Ilmu
Anonymous said…
Saya menghadiri wacana mengenai sejarah Bangi dan evolusinya di UKM pada 13 Jun 2025. Gagasan Dr Shafie sejak sekian lama untuk menjadikan Bangi sebagai Kota Ilmu masih memerlukan banyak untuk dilakukan khususnya UKM institusi ilmu tertinggi harus berperanan lebih besar. Bangi harus berwajah dan beraura keilmuan yang dirasai oleh sesiapa jua yang menjejakkan kaki di bumi itu.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Masya-Allah sejak 1977!
Ada sebuah buku Dr Shafie, Bangi Bandar Ilmu
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ya harus secara serius dibincangkan dengan menghimpunkan pelbagai pihak - politik, universiti, ngo dan aktivis lainnya