Eid Mubarak.
Taqabbalallahu minna waminkum.
Sebenarnya banyak yang mahu saya catat menjelang Syawal. Selalunya pengalaman menyudahkan Ramadhan, khasnya beberapa tahun lalu, sangat indah untuk dilihat kembali. Entah kali ini saya sendiri. Benar, terasa sendirinya. Mencari sahabat al-Qur'an yang hilang. Jiwa saya merayau kembali ke laluan yang kami pernah jalani di hujung Ramadhan. Kami melewati lintasan kawasan kebaktian. Saya dituntun terus untuk memuliakan himpunan murba. Ya, seperti kelmarin dia masih di sini. 

Comments