Februari 21 lalu sewaktu hadir di acara Persada tentang Corvid-19, seingat saya hampir semua pakar dalam panel mendakwa Corona ini adalah virus baru. Saat yang sama saya teringat beberapa maklumat tentang virus yang kurang lebih sama disebut dalam novel The Eyed of Darkness (1981) oleh Dean Koontz atau buku ramalan End of Days: Predictions and Prophecies About the End of the World garapan Sylvia Browne. Begitu juga ada ulama yang meramal virus ini ratusan tahun lalu. Saya juga pernah menonton Contagion (2011) yang mirip cemasnya C-19. Beberapa hari ini kian kerap kita mendapat maklumat bahawa kajian dilakukan, malah, di Makmal Genomik Biovalley-UKM pernah menjalankan penyelidikan penjujukan genom dua coronavirus zaman kepimpinan NC Prof Dr Mohamed Salleh Mohamedd Yasin (2003-2006?). Kita juga dapati makalah ditulis dalam Clinical Microbiology Reviews Oktober 2007 "Severe Acute Respiratory Syndrome Coronovirus as an Emerging and Reemerging Infection." Bill Gates juga pernah membahas isu covid beberapa tahun lalu.  Jadi memang ada bayangan awal tentang C-19 dan ia bukanlah baru...

Comments

cahya said…
benar-benar membimbangkan. semoga semuanya lekas reda.
Mawar said…
Sdr Cahya
Insya-Allah mudah mudahan Allah menganugerah Nur jalan keluar, jalan pengampunan.