Sesekali saya menoleh. Membaca kembali apa yang pernah saya lalui. Sebelum menjadi tua seperti sekarang, saya sering berpaling dengan tanda baca, alangkah. Alangkah saya...Alangkah jika... Bujukan kemudiannya datang bahawa, Allah itu Maha Mengatur. Dan tataan-Nya sangat rapi dan menggenap dengan keperluan kita. Bukankah apa yang dimaksudkan itu adalah kecukupan. Kelebihan, kekayaan, kedudukan; mungkin sahaja bukan merupakan keperluan. Kita berasa cukup dengan apa yang Allah anugerahkan. Itulah rezeki. 


Comments

Anonymous said…
Bersyukur dengan segala yang diaturkan Ilahi. Benar rezeki, dalam bentuk ketenangan dan keteraturan kehidupan yang tidak lagi dihambat kesibukan. Syukur alhamdulillah.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ia anugerah. Saat kita melepaskan, dihadiahkan-Nya jauh lebih baik. Dan ia sangat "mencukupkan" kita. Subhanallah.