Hari yang bersejarah juga. Saya menggugurkan nama sendiri secara teknikal daripada senarai editorial Jurnal Melayu. Selama lima tahun, tidur dan jaga bersama-sama http://ejournal.ukm.my/jmelayu, saya melepaskannya hari ini. Aneh, saya seperti mahu menangis (gembeng, memang gembeng) seperti mahu menyerahkan anak yang disayangi kepada orang lain. Aduhai. Selamat maju jaya kepada pasukan baru JM.

Comments

Liza said…
Cembeng tando sayang, mahu tidak sayang kalau makan tidur bersama Jurnal Melayu. Tidak termasuk hujung minggu yang dikorbankan. Boleh minum coklat panas bersama lepas ni, melepaskan lelah!
Anonymous said…
Tidak mengapa Sdr boleh memberi tumpuan kepada penghasilan karya-karya hebat.
Mawar said…
Sdr Liza
Insya-Allah masih membantu JM secara tidak rasmi.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Melepaskan JM dan menerima tanggungjawab lain pula.