Dalam acara Himpunan Penulis Malaysia minggu sudah, saya sempat bertemu dengan Prof Umi Kalthum Ngah, sarjana kejuruteraan yang menulis novel. Saya merakam terima kasih buatnya kerana membantu tugasan mahasiswa semester lepas. Saya teringat novel yang dihadiahkan buat saya, Hilang dan Jumpa. Begitulah saya yang kerap hilang, jumpa semula dan cepat sekali hilang lagi. Saya tidak tahu bila semuanya ini akan berakhir. Tenyata hilang, jumpa, hilang dan jumpa ini melelahkan saya yang sudah tua. Pasti sekali memerihkan juga. Semuanya tidak akan jadi begini jika saya tidak menjumpainya setelah lama menghilang tahun. 

Comments

Anonymous said…
Hilang dan jumpa dalam kehidupan kita adalah ketentuan Ilahi juga. Ada hikmah dan kebijaksanaannya. Pasti ada sebab mengapa jumpa kemudian hilang kemudian jumpa lagi. Landasnya adalah kesabaran walaupun perih.
Liza said…
Hilang dan jumpa, hilang dan jumpa kembali pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Memang ada ketika kita tidak mahu jumpa semula selepas menghilang tahun, tapi takdir seringkali tidak seiring yang diharapkan. Lelah dan memeritkan..
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih atas kesadaran ini.
Mawar said…
Sdr Liza
Terima kasih.