Bagai kupu-kupu biru kelmarin, saya  terbang lagi. Tidak bermaksud sama sekali untuk meninggalkan. Sebaliknya mahu selalu melayah dan hinggap di dahan hari bersama-sama. Saya mengenang kembali lelaki dalam cerpen "Kupu-kupu Biru di Penjuru Qalbu." Saya antaranya merasakan tamsilan kupu-kupu yang menerpanya adalah saya. Kupu-kupu yang selalu mahu berada lama di dadanya. Itu hijab teduhannya. Benar, ia labuhan sukmanya. Dan kupu-kupu yang selalu berada di mana-mana juring sekalipun dia berada. Jadi ini bukan titipan nota selamat tinggal, sebelum saya menyibak sayap kecilku. 

Comments

Liza said…
Hingga jumpa,
Anonymous said…
Kupu-kupu biru yang terus menjadi lara yang indah. Dimana pun jua dia terbang dan hinggap, tetap membekas dan tiada sirnanya.
Mawar said…
Sdr Liza
Hingga jumpa. Insya-Allah.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Kupu-kupu yang selalu ada.
Anonymous said…
Tahniah Dr., untuk penyiaran cerpen 'Kupu-kupu' ini! Baru usai membacanya.