Antara catatan saya: Satu baris dari al-Qur'an yang diajukan sebagai dalil bahawa Allah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (at-Tin: 4). Ayat pendek ini sangat indah dan berjejak. Saya menginsafi bahawa tidak ada yang hodoh dalam setiap satu yang Allah cipta. Benar, tidak ada yang cacat dalam penukangan-Nya. Hodoh dan cacat hanya ditanggap dari lajur pandang fisik manusia. Ini narasi anak istimewa. Ini narasi yang luar biasa. 

Comments

Liza said…
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Memiliki ahli keluarga yang berstatus anak istimewa, mlid austime ia merupakan sesuatu yang istimewa. Di sebalik kekurangan ia memiliki keistimewaan yang luar biasa. Bakat melukisnya adakalanya sangat memukau dan memikat hati. Dia adalah rezeki yang tidak ternilai, kehadirannya memberikan rezeki yang melipah ruah kepada ayahbonda...subhanallah!
Mawar said…
Sdr Liza
Subhanallah.
Anonymous said…
Benar keyakinan Sdra. Setiap ciptaan Tuhan adalah indah. Setiap sesuatu yang kita temui sudah tentunya takdir yang juga pasti ada alasannya. Sekurang-kurangnya tiap sesuatu membuka pintu untuk kita menaakulinya. Itulah keindahan yang semakin menghampirkan kita kepada Pencipta tiap sesuatu.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Indah sekali.