yang dirindu


Ia tidak mudah diucap
kerana tidak ada bunyi yang berupaya mengganti

Ia tidak mudah juga ditinta
kerana tidak ada aksara yang mampu mewakili

Ia tidak mudah lagi dilakar
kerana tidak ada garis yang cukup dapat menukar

Benar, ia hanya mampu mengisi dada
ia pintar menahan getar
ia sanggup membendung bingung
ia terdaya menghadap lara
walau lara itu adalah yang indah.

Comments

Anonymous said…
Saya menyaksikan sebuah lakaran sukma yang bercapah dengan pelbagai pengertian pada ranting-ranting yang sebenarnya hidup berjiwa.
Mawar said…
Sdr Anonymous
capahan yang jarang sempat mahu dijengah, apalagi yang mahu dimengertikan.
Admin said…
Setiap yang dilihat, adakalanya tidak semudah untuk dilafazkan dan dimengertikan.
Mawar said…
Sdr Admin
Sering begitu...