Kata Rumi, kehidupan ini adalah ketimbang antara upaya mempertahan atau melepaskan. Seringkali kita fikir, melepaskan itu adalah suatu yang sengsara, sedang sekiranya  kita dapat mempertahankan, bahawa ia adalah sebuah keberuntungan. Benarkah? Dia Yang Maha Tahu dan Maha Mengatur setiap satu. Sedangkan saat belajar untuk melepaskan dengan berikhlas hati, menaruh keyakinan bahawa Dia menyediakan yang lebih baik nanti, saya percaya ia adalah bujukan yang membijakkan. Apa lagi yang lebih baik selain solah dan sabar (dan syukur) ketika kehilangan itu berdiri di lawang akhir. Bertabahlah. 

Comments

Anonymous said…
Tulisan Sdr sesungguhnya amat membujuk dan menghampar ketenangan, pada saat saya baharu sahaja kehilangan. Saya amat yakin janji Dia, bahawa kita tidak lebih tahu daripadaNya tentang apa sahaja yang Dia tetapkan. Segala adalah milikNya. Kita adalah peminjam yang tidak memiliki apa-apa.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Maaf atas kehilangannya. Aturan-Nya untuk kita, tidak akan siapa tahu. Moga Sdr dapat bertahan dengan solah dan sabar. Insya-Allah akan Diberikan yang lebih baik.