Saya demam sekembali daripada ranah asing. Demam seperti selalu setelah lelah atau mungkin sahaja apabila memaksa diri untuk segera menyertai jalan rutinitas kembali. Ringkih atau menjadi cengeng dengan bagaimana saya diperlakukan oleh tarikh-tarikh akhir lagi yang menunggu giliran di meja kerja. Atau apa seperti yang dibentangkan buat Pingkan saat Sarwono ditempatkan di rumah sakit di penghujung halaman Hujan Bulan Juni, demikianlah Surat Takdir pun dibaca berulang kali tanpa ada yang mampu mendengarnya.

Comments

Anonymous said…
Pada saat sepi, bosan, sepertinya semua kita memerlukan seseorang untuk bersama, mendengar dan berbicara. Tentunya kita meyakini Tuhan ada untuk mendengar dan tempat mengadu, namun kita masih memerlukan seseorang yang kita yakini mengasihi dan kita juga mengasihinya. Antara nikmat terbesar dalam hidup ini ialah ada seseorang yang mengasihi dan kita juga mengasihinya. Tidak bermakna juga kalau kita tahu ada orang yang mengasihi tetapi kita pula tidak dapat mengasihinya. Dalam keadaan kasih mengasihi juga barangkali adalah sumber daya tahan daripada sebarang gangguan kesihatan walaupun adakalanya ia adalah sebuah lara.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Benar, kasih sayang itu kuasa yang luar biasa. Terima kasih atas catatan bersukma ini.