Ini titipan sempena kembara saya bulan lepas ke ranah gelombang besar, gelombang getir. Antara lain ia tentang hasrat yang masih berjarak, yang entah bila dapat saya rangkul. Ia juga tentang kecintaan saya terhadap anak yatim yang dianjur al-Qur'an, yang menjadi kecintaan Rasulullah. Baru sekarang saya berani ke pantai gelombang besar. Kerana apa? Kerana mengenang indahnya menyertai anak-anak yang kehilangan. Terima kasih kepada Sdr Nazmi Yaakub, editor BH yang menerima cerpen ini. Dan saya senang sekali dengan misteri pada ilustrasi cerpen kali ini. 


Sementara ini merupakan sambungan rencana saya di MM yang disiarkan dua minggu lalu.  Ya, judulnya juga sudah bertukar. Saya lebih senang jika dikekalkan judul, yang sebenarnya diubahsuai daripada petikan dalam tulisan saya ... guru yang membina keyakinan dan kepercayaan. Terima kasih kepada editornya, Sdr Sahidan Jaafar. Tahniah atas graduasi Sarjana Sains Politiknya besok. Ya saya akan menyertai acara bersejarah itu di Dewan Tun Abdul Razak. Insya-Allah. Tahniah!

Comments

Anonymous said…
Menekuni kedua-dua tulisan saudara, sungguh saya mengesahkan keintelektualan saudara dari perspektif saya. Kerendahan hati saudara terhadap anak yatim dan golongan marhaen amat saya sanjungi. Saudara adalah seorang intelektual. Begitulah sifat seorang intelektual yang sentiasa insaf terhadap persekitaran fizikal dan sukmanya. Jarak fizikal bukan perkiraannya. Teruskan karya yang terus menginsafkan..
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Saya menurut jalan al-Qur'an yang sering saya dipandu untuk menyantuni mereka. Insya-Allah.
Mawar Safei said…
Mommy
Terima kasih. Salam kenal.