Syawal ketiga. Sekali lagi dapat bertemu ahli keluarga dalam suasana lebaran, mesranya meresap lama. Hari ini masih dalam rencana ziarah, saya akan bertemu dengan susuk dari masa lampau. Dan hingga saat mengetik ini, saya masih belum dapat mengimbau ingatan tentang dia. Menurutnya, saya dicari sekian masa dan tahun. Subhanallah. Pernahkah Sdr tahu, sepanjang menjalani rutinitas, berdepan dengan pelbagai wajah pertelingkahan mahupun liku dalam peribadatan, rupa-rupanya Sdr sedang dinanti dan dijejaki. Dan Sdr sangat berada dalam ingatannya. Allah ya Allah, saya tidak pernah terfikir sama sekali bahawa saya sering dikenang. Mudah mudahan barakah Ramadhan yang baru lalu, terus mewangi dalam Syawal ini dengan jalinan silaturahmi.

Comments

Anonymous said…
Kita terus mempraktis budaya Islami. Menziarah dan mengukuh silaturrahmi. Dalam keriuhan masih mencari hakiki. Kita menemuinya pada yang bertalian yang dirasakan ada keterkaitannya. Apa sahaja asal merasa mendekatkan
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Menemuinya dalam berjarak. Terima kasih.