Menyertai kerja debu memberi agihan rezeki buat sekumpulan asnaf, membentangkan saya erti berikhlas hati. Sangat memujuk ketulusan untuk memasuki daerah murba yang bukan sahaja yang dilihat mata fisik, bahkan mata kalbu untuk meninjau sanubari mereka. Saya jadi terpempan melihat pasangan yang mula pikun namun saling mengasihi apalagi isteri diabetiknya hampir puntung kaki kanan. Ternyata ujian bukan sahaja terhadap kaki tetapi hati. Allah ya Allah. Saya yang masyhur dengan kegembengan, menahan sebak yang sudah berkumpul awal sewaktu merapikan barangan agihan dalam kereta lagi. Rahmati mereka, ya Allah. 

Comments

Anonymous said…
Tentunya apa yang sdr dan teman2 lakukan lahir daripada ketulusan dan kepedulian yang dituntun ajaran Rasulullah yang bukan sahaja harus menyantuni mereka dalam Ramadhan bahkan bila-bila pun. Syabas sdr di atas landasan Ramadhan yang utuh.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ya Insya-Allah. Terima kasih sedalamnya atas perhatian Sdr.