Pamit

Perihal berpergian lagi. Merapi bagasi. Menyusun getar. Menyemak jadual perjalanan. Meneliti hati sendiri. Memilih buku untuk dibaca sepanjang kembara. Lalu menata rindu yang mahu ditinggalkan. Aneh sekali cerita berpergian kali ini. Menuju ranah yang sama dengan jalan takdir yang sama sekali berbeza. 

Comments

Anonymous said…
Seperti saudara, saya juga merasai pelbagai getar dalam kalbu apabila akan berpergian.Namun kebersamaan dan terus merasai dia tetap ada dalam dada. Justeru, dirasakan amat dekat sekali.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Alhamdulillah syukur. Ya, dia yang terus bersahabat dan menemani. Terima kasih atas perhatiannya.