Dari pantai halimunan 

Saya sudah memasuki az Zukhruf dan berhenti di ain pertama: ... sesungguhnya manusia itu pengingkar yang nyata. Allah ya Allah. Dalam saya cuba menjalani kepatuhan, dalam saya berusaha menjadi "aku dengar dan aku taat", sering juga saya mempersoalnya. Saya cuba mengingkari. Atau selalu juga ada keliru bagaimana harus saya bertingkah. Ia ternyata jalan yang lelah dan saya masih cuba bertahan dengan kaki kecil dan lemah ini. Subhanallah. Pelihara iman dan jalan taqwa kami ini, ya Allah. 

Comments

Anonymous said…
Hasil menelusuri perjalanan tarbiyyah saudara lewat penulisan yang terus mendidik, benar-benar mendorong saya untuk menjadi hamba yang "aku dengar dan aku taat". Saya masih berasa amat lemah. Seperti janji Allah, ujian terus datang sebagai proses pengukuhan yang saya yakin saudara akan memilikinya. Wajah pantai halimunan itu bagai menawarkan kedamaian kepada jiwa yang resah gundah seperti saya.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
perjuangan saya baru bermula, mudah mudahan dituntun terus. Saya mendoakan Sdr juga berjaya di medan yuda yang menduga ini. Aamiin.