Berpergian 

Saat ini segalanya terpencar-pencar. Antara mengandai rupa esok dengan mengenang apa yang sudah dijalani sejak kelmarin. Saya mahu berikhlas hati dalam berpergian kali ini, kerana saya tahu, banyak doa akan dijawab Allah sepanjang menjadi si kelana murba. Banyak yang mahu saya mohon. Banyak hasrat yang mahu saya pahatkan. Mudah mudahan kita bersua lagi selepas berpamitan ini. Insya-Allah. 

Comments

Anonymous said…
Selamat bermusafir...moga dirahmati Allah dan dipermudahkan
Anonymous said…
Walaupun jauh dari nyata, dekat amat dirasakan kerana segalanya berada dalam dada. Di Laut jawi terhimpun semuanya. Tidak bersua tetapi berbicara dalam sunyi yang dimengerti.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Aaminn. Terima kasih.
Anonymous said…
Buih-buih itu adalah manifestasi ledakan dalam dada kerana berpergian.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Subhanallah.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Benar. Semuanya terhimpun di sana.