Antara kesukaan saya mengenakan mukena baru apabila memasuki Ramadhan. Pernah saya mencatat dalam siri Ramadhan beberapa tahun lalu bahawa bukan hanya pakaian solah yang harus baru, sebaliknya pakaian taqwa yang harus selalu dipelihara. Saya jadi malu untuk minta dihadiahkan mukena baru tahun ini. Biarlah saya gunakan yang lama. Saya mahu belajar untuk membersihkan apa yang ada. 

Comments

Anonymous said…
Mengenali saudara, seorang yang sentiasa dapat melihat di sebalik daripada yang tersurat. Catatan saudara mengajar saya untuk melihat sesuatu dengan mata kalbu. Justeru, yang tersirat itu yang lebih memberi makna. Terima kasih setingginya.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Subhanallah. Terima kasih perhatiannya.