Mencintai al-Qur'an

Antara kesyukuran saya apabila AM mendapat asuhan al-Qur'an yang sangat baik daripada Ustaz Luqman (pastinya lebih awal AM dituntun mengenal huruf oleh Ustazah Zafariah). Melalui Ustaz Luqman, AM juga ternyata diminta untuk hafaz surah yang dibaca. Semalam usai Maghrib, AM mengajak saya bertalaqqi. Allah ya Allah. Hanya baru-baru ini saja saya tahu tentang talaqqi. Aduhai dungunya saya. "Mummy baca, AM ikut. Lepas tiga minit, mummy dengar AM baca. Lepas Isya' AM cuba hafal." O Allah. Saya menahan airmata saat kami duduk bertentangan menjalani sesi bertalaqqi. Subhanallah. Bukankah saya masih tidak putus putus berdoa agar AM mencintai Allah dan Rasulullah. AM mencintai solah dan al-Qur'an. Allah ya Allah. Apalagi yang saya tidak mahu atau tahu bersyukur dengan segala nikmat-Mu!

Comments

Anonymous said…
Tiada Kata-kata.. Melainkan Alhamdulillah.. Alhamdulillah
.alhamdulillah.
Semoga AM menjadi anak yg soleh. Berjaya Di Dunia Dan di Akhirat. Menjadi seorang tahfiz.. Hafiz.
Anonymous said…
Subhanallah.. Inilah anugerah terbesar, seorang anak yang soleh. Seorang ibu solehah, tentunya berupaya mendidik anak dengan penuh keberkatan dan berkesan. Semoga AM juga seperti ibunya yang sentiasa merendah dengan kemurbaan dan mencintai sisi yang lemah, anak yatim, kelompok miskin dan perlu diupaya.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous I
Alhamdulillah. Terima kasih, saya aminkan doa tulusnya. Insya-Allah.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous II
Saya turut mengaminkan doanya. Sdr seperti sangat mengenali saya. Subhanallah.
ardisia said…
Alhamdulillah. Saya mampu tersenyum dengan kisah AM ini.Insha Allah, AM akan jadi anak, cucu dan suami yang soleh nanti.

Mengimbau kenangan saya sewaktu kecil dahulu bersama arwah mak.

Walaupun saya menumpang kasih mak orang lain, saya tetap bahagia. Mak tiada tanding. Tiada gantinya. Arwah mak dan ayah hantar saya mengaji pd seorang guru. Umur 7 rahun saya dah kena mengajar mengaji budak lelaki tingkatan 2. Saya khatam quran dlm darjah 1 kalau tak silap.Sempat ulang sedikit bacaan sebelum berpindah ke negeri pantai timur itu.

Sekarang saya patut sedih dan gusar.Ke mana kah perginya saya yang rajin mengaji itu? Kenapa tak serajin dahulu?
Mawar Safei said…
Ardisia
Di mana budak tingkatan 2 itu agaknya. Terlintas ilham.
.