Mengertinya pada ranting yang paling hujung
saat mahu sekali dia berlindung
antara dahan yang banyak dan cabang yang liar
nantinya musim semi yang membawa daun
akan tiba angin turut memesan khabar
lalu menggenap di tepi banir
mungkin juga menyertai lingkar akar
atau sampai merintih di perdunya
dia bertanya lagi, siapa yang mengerti;
masih mahu dia begitu 
tangkai yang kosong
dengan tunas yang malu
dan bunga bersembunyi pada putik baru.
Aduhai pohon sukmaku.

Comments