Kita kian menghampiri pintu Rejab. Begitulah cepat masa meninggalkan dan apa sahaja yang sudah kita perbuat. Sedang saya didatangi banyaknya susuk mulia yang menuntun jiwa, ternyata saya turut dibayangi sangsi dan betapa curiganya akan ta'arif kebenaran. Membantu seorang sahabat yang menemukan cerita sedih di satu penjuru rumah tahfiz. Bagaimana al-Qur'an diletakkan pada kondisi yang sangat tidak terhormat. Aneh dan tragis, bukan? Saat saya, si orang kecil ini mahu sekali meletakkan al-Qur'an di tempat yang paling tinggi, rupa-rupanya susuk yang saya percaya lebih tahu, tidak menyedari apa yang mereka perbuat itu sangat menyalahi. Allahu akbar. Ini isu yang terkait dengan pelupusan al-Qur'an. Nasibnya ternyata lebih malang daripada koran buangan. Sedihnya saya. Mahunya saya berlari di hujung jalan ini (dalam foto) dan mena'akul apa yang harus saya lakukan. 

Comments

Anonymous said…
Insya-Allah, Doktor Mawar boleh membantu . urusan pelupusan Al-Quran hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Alhamdulillah, diatas keperhatinan Doktor Mawar
Anonymous said…
Bagaimana harus mendidik umat memuliakan sumber ilmu teragung ini? Pasti sahaja menerusi struktur kepentadbiran rasmi, namun rasa kecintaan umat terhadap kitab suci ini perlu disemarak dan disuburkan. Secara sosial tidak kurang pentingnya untuk tidak memandang enteng. Perlu juga ada saluran yang mudah capaiannya untuk mengurustadbir perkara sebegini dan pihak berwajib perlu bertindak tangkas apabila ada keperluan daripada pihak yang menghubungi.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous I
Insya-Allah sudah menghubungi pihak berkenaan. Terima kasih atas perhatiannya.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous II
Saya setuju perlu ada saluran yang mudah capaiannya. Ia ternyata melibatkan kos yang agak besar. Kami sedang menghimpun dana. Mudah mudahan dibantu Allah.
Anonymous said…
Mohon penjelasan dana itu Dr Mawar..
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Peribadi, kami sedang mendapatkan sumbangan daripada para sahabat yang dekat di hati. Insya-Allah semoga Allah membantu.