Kasihan saya terhadap mahasiswa. Kuliah yang berterusan sehingga memasuki dua waktu solah. Kuliah saya jam 2.00 hingga 4.00. Sebelumnya mereka memulakan kuliah lain dari awal pagi merentas ke waktu Zuhur.  Sebaik keluar dari dewan kuliah kami, mereka akan memasuki bilik tutorial sehingga lewat senja. Jadi bilakah Zuhur dan Asar mereka. Subhanallah. Kasihannya. Semalam, saya membuat pengumuman, pastikan Sdr melunaskan solah Zuhur sebelum mengikuti kuliah saya.  Menjelang Asar pula, saya akan melepaskan mereka solah sebelum memulakan tutorial jam 5.00 dengan mengekalkan wudhu Zuhur. Saya sedar mata mahasiswa bukan Muslim memandang tepat kata-kata saya: lepaskan dunia daripada tangan Sdr untuk solah. Subhanallah. Saya hanya mahu menjauhkan mahasiswa saya daripada kemurkaan Allah, sedang ayat di penghujung surah al Anbiya' yang baru saya tamatkan bertanya, apakah kamu telah berserah diri?    

Comments

Anonymous said…
Bertuah benar mahasiswa Puan yang memperoleh guru yang menuntun anak-anak mudanya mengenali dan memperoleh keberkatan dan keredhaanNya
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Guru sifatnya menuntun...