Berlari ke gunung, lembah atau mahu saja mengejar ombak, mencari ruang untuk tidak sering lemas dalam monotonous. Mencari dengungan angin atau berjumpa deru hawa yang luluh, saya cuba menongkah rutinitas. Lelah dengan sistem seperti gergasi yang setiap hari bersedia menunggu saya di ruang kerja. Kaki kecil seringkali saya seret ke tepi dan saya ajar untuk masih kenal akan pekerti. Sesekali mahu juga saya berhenti di perdu pohon sukma, bersimpuh di banirnya penuh ta'azim. Membisik akan segala kecewa, pedih, gusar, radang dan letih. Namun, saya mendongak dari jauh, entahkan dia mengerti. 

Comments

Anonymous said…
Semoga saudara memperoleh sedikit ketenangan menatap keindahan pergunungan Kinabalu itu. Rutinitas yang dibaluti pelbagai tuntutan yang membelit sememangnya merimaskan. Cuma anggaplah sebagai cabaran birokrasi yang tidak pernah habis selagi belum bersara daripada perkhidmatan rasmi. Saya percaya semua orang berasakan begitu yang kadangkala saya pun tertanya sendiri perlukah semua karenah itu untuk menjadi universiti terbilang?
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Subhanallah. Sdr tahu yang itu pergunungan Kinabalu? Sdr seperti sangat hampir.
Anonymous said…
Amat persis gunung yang masyhur itu
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Tepat sekali tebakan Sdr.